BN musuh utama Bersatu – Muhyiddin
BN musuh utama Bersatu – Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan secara terbuka Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ahli-ahli Bersatu tidak perlu gentar dan takut terutamanya untuk menentang UMNO yang mana pemimpinnya terbukti mengaut harta rakyat.
Beliau yang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Bersatu mempunyai niat yang baik untuk menyelamatkan negara ini daripada membiarkan harta rakyat dirompak. “Saya telah mengarahkan jentera parti untuk bergerak dan sebahagian sudah memulakannya.
“Bahagian Bersatu diminta meletakkan tokoh-tokoh sebagai calon parti pada PRU15. “Calon-calon akan dinilai oleh jawatankuasa yang diketuai Datuk Radzi Jidin dan kita jangan bergaduh pasal calon,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Bersatu Ke-6 di sini hari ini.
Mengulas pendirian Pas yang berubah mengenai kerjasama dengan UMNO, Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan kepada parti komponen PN untuk memberi sebarang kenyataan dan enggan membuat apa-apa telahan.
Namun, kata beliau, apa yang penting PN perlu bersatu pada PRU15. “Pas beri pandangan begitu sebab belum pilihan raya. Tapi bila hampir pilihan raya, kita akan bersatu dan buat keputusan bersama.
“Ketika ini setiap parti ada kebebasan untuk buat apa hendak buat dan saya tidak boleh kata jangan itu dan ini. “Tak apalah buat dah saya hendak tengok apa hasilnya serta adakah UMNO bersetuju dan peluk agar ada Muafakat Nasional, saya kurang pasti,” katanya. MG
BN musuh utama Bersatu – Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah
You must be logged in to post a comment.