Tajuddin gembira Zahid dibebaskan

IPOH – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gembira dengan keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 tuduhan rasuah berkait kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).

Beliau berkata, keputusan itu membuka ruang yang lebih luas kepada Presiden UMNO itu untuk melaksanakan tanggungjawab kepada ahli dan parti

“Tiada rasa dengki pun, gila punya kerja kalau berperasaan begitu.

“Sebagai orang Islam dan ahli parti, (walaupun) ahli parti biasa pun, kita tetap bersyukur dan gembira untuknya.

“Sudah tentu dengan keputusan itu (mahkamah), beliau akan melakukan terbaik selepas ini sebagai pemimpin dan ketua parti,” katanya dalam sesi ramah mesra bersama media di sini pada Jumaat.

Pada Jun lalu, Tajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO dengan antara alasannya disebabkan sikap dan pendirian pemimpin itu yang bercanggah dengan parti.

Ditanya sama ada keputusan itu dapat memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO, Ahli Parlimen Pasir Salak itu yakin kepada penilaian rakyat.

Katanya, selama ini kerajaan UMNO dan BN telah membuktikan rekod perkhidmatan yang baik dalam membangunkan negara baik dalam aspek ekonomi dan perjuangan orang Melayu berbanding parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH).

“Dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ini akan adalah dibangkitkan apa juga berkenaan parti itu dengan parti-parti lain. Orang boleh hentam apa sahaja, jadi biarkan rakyat yang menilai.

“Pada saya tidak perlu bimbang kerana kita akan mengadap rakyat dan buka kita punya pencapaian apa yang telah kerajaan UMNO dan BN lakukan untuk kesejahteraan negara.

“Ini bukan bercakap sahaja, tetapi bercakap berdasarkan fakta dan kalau nak dibandingkan apa yang UMNO dan BN dah buat dengan apa yang PH lakukan, ibarat bumi dengan langit (bandingannya),” katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali OSC di China dan sistem VLN.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada semua tuduhan utama dan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009/ Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker