Projek Tebatan Banjir: Datuk Bandar Shah Alam Sahkan SPRM Serbu MBSA

'Dari Segi Itu (serbuan SPRM), Ya Memang Betul.'

Projek Tebatan Banjir: Datuk Bandar Shah Alam Sahkan SPRM Serbu MBSA

SHAH ALAM: Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Isnin.

Zamani mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.



Beliau bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat tentang serbuan yang dibuat oleh pihak SPRM ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

“Dari segi itu (serbuan SPRM), ya memang betul. Tapi kita tidak mempunyai laporan penuh apa sebenarnya isu (yang berlaku).

“Kalau ikut nak kata serbuan atau lawatan itu kena tanya SPRM kerana apabila dia masuk, mereka minta fail (dokumen), kita beri kerjasama, kita beri sahaja apa yang mereka nak lihat.

“Kita cuma tunggu sahaja laporan (daripada SPRM), isu apa dan sebagainya kita tidak dapat (gambaran) yang lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani berkata, kenyataan daripada pihaknya hanya akan dikeluarkan selepas agensi berkenaan mendapat laporan penuh daripada SPRM.



“Kita tidak akan keluarkan sebarang kenyataan selagi tidak dapat laporan penuh daripada SPRM kerana kita tidak mahu ia memberi impak yang buruk,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan salah seorang wakil rakyat PKR yang enggan dikenali mengatakan bahawa serbuan yang dibuat oleh oleh SPRM dipercayai mempunyai kaitan dengan projek tebatan banjir. – SH

Projek Tebatan Banjir: Datuk Bandar Shah Alam Sahkan SPRM Serbu MBSA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker