Majoriti masih hendak saya jadi Ahli Parlimen – Tajuddin

Majoriti masih hendak saya jadi Ahli Parlimen – Tajuddin

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan beliau masih mendapat kepercayaan majoriti ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan untuk terus bertanding sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila jawatankuasa UMNO bahagian telah menamakan dirinya sebagai calon Ahli Parlimen Pasir Salak untuk PRU15 ini.



“Majoriti besar masih hendak saya jadi Ahli Parlimen. Bila dikehendaki menamakan calon, saya telah dicalonkan sebagai Ahli Parlimen.

“Jadi boleh kata 100 peratus ahli bahagian sokong, begitu juga cawangan-cawangan. Ini diputuskan dua ke tiga bulan lalu,” katanya dalam sesi ramah mesra bersama media di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, keadaan itu sekaligus menolak andaian sesetengah pihak bahawa dirinya sudah tidak lagi layak memimpin Pasir Salak sebagai wakil rakyat dan ketua bahagian terutama selepas penggugurannya daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, pengguguran itu sedikitpun tidak menjejaskan rekod perkhidmatannya dalam UMNO selama 50 tahun dan tugasnya sebagai wakil rakyat sejak 2004.



“Saya mungkin orang tua, otai orang kata, tetapi lihatlah rekod perkhidmatan saya, 50 tahun dalam UMNO. Saya tidak mahu dikatakan masuk bakul angkat sendiri, tetapi tahu dulu baru boleh buat penilaian.

“Isu gugur ini, tidak ada masalahpun, mungkin kerana saya vokal sangat menjadikan saya tidak disenangi, tetapi saya masih dengan UMNO, saya masih jaga kawasan saya dengan baik.

“Kepimpinan saya di Pasir Salak sebagai ketua bahagian adalah solid, tidak berpecah dan tidak ada kem-kem,” katanya.

Tajuddin turut menegaskan, perjuangannya dalam UMNO selama ini bukanlah untuk dirinya sendiri, tetapi demi perjuangan rakyat.



Atas faktor itu, beliau menggerakkan kebangkitan Melayu dan menjadi pelopor kepada penyatuan ummah bersama Pas ketika mana UMNO dan BN tewas pada PRU14 lalu.

“Menerusi program kebangkitan Melayu dan penyatuan ummah ini, banyak bahagian yang saya jaga, bukan Pasir Salak sahaja kerana perjuangan saya untuk semua UMNO, bukan untuk diri sendiri.

“Jadi jangan samakan saya dengan ahli lain yang muda-muda masuk terus nak jadi wakil rakyat. Saya masuk politik muda, bila umur cecah 54 tahun baru jadi wakil rakyat,” katanya.

Pada 2004, Tajuddin menang buat pertama kali sebagai wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah dan selepas itu menerajui kerusi Parlimen Pasir Salak selama tiga penggal sehingga PRU14. Sinar



Majoriti masih hendak saya jadi Ahli Parlimen – Tajuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker