Zul Ariffin bakal berpindah ke Mekah

Usahakan perniagaan vending machine

Zul Ariffin bakal berpindah ke Mekah

AKTOR Zul Ariffin berkongsi bakal berhijrah dan menetap di Mekah pada Januari tahun hadapan dan bagi memulakan perniagaan vending machine di sana.

Ujar Zul, perniagaan tersebut sudah lama dirancang bersama beberapa rakannya selepas lawatan ke beberapa buah negara Arab untuk urusan kerja selain mengerjakan ibadah umrah.

“Buat masa ini saya dalam proses untuk berhijrah dan menetap di Mekah. Tempat tinggal di Mekah juga sudah ada dan jaraknya hanya lima kilometer sahaja dari Masjidil Haram.

“Apapun saya akan tetap berulang-alik ke Malaysia jika ada sebarang urusan kerja. Sebagai persediaan, saya juga dah kurang ambil job lakonan seperti drama,” katanya memetik laporan Kopiplanet.

Meskipun akan tinggal di Mekah, namun Zul tetap akan meneruskan kerjaya lakonannya

“Saya akan cuba seimbangkan antara kerjaya lakonan dan perniagaan. Sudah banyak perancangan yang dibuat bersama pihak pengurusan.

“Kalau tengok industri hiburan sekarang dah kembali rancak selepas pandemik. Semakin banyak filem yang dihasilkan dan mendapat sambutan baik, jadi rugi pula kalau saya terus perlahankan karier lakonan.

“Lagipun tiada masalah kalau saya perlu berulang-alik antara Malaysia dan Mekah, kalau naik flight pun setakat tujuh atau lapan jam sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dalam filem Talbis Iblis dan memegang watak sebagai Nasir.

“Sebenarnya watak saya tidaklah terlalu besar dan saya sendiri yang menawarkan diri untuk berlakon dalam filem ini sebab tertarik dengan ceritanya.

“Pada asalnya juga peranan Nasir agak kecil, tetapi pihak produksi mengembangkan lagi watak berkenaan apabila saya berlakon,” kongsinya.

Filem arahan Khabir Bhatia itu turut dibintangi Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Jay Iswazir dan Sherie Merlis serta akan ditayangkan pada 20 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia. Utv

Zul Ariffin bakal berpindah ke Mekah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker