DAP Johor diarah pastikan kemenangan BN di Dun Mahkota

DAP Johor diarah pastikan kemenangan BN di Dun Mahkota

Semua pemimpin DAP Johor dikehendaki bekerja bagi memastikan kemenangan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, dalam pilihan raya kecil (PRK) Mahkota yang dijadualkan pada 28 Sept ini.

Dalam satu hantaran ringkas di media sosial, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, mengesahkan parti itu telah mengeluarkan arahan sedemikian.

“Jawatankuasa negeri DAP Johor bertemu di pejabat jawatankuasa penyelaras parlimen DAP Kluang untuk membincangkan pilihan raya kecil Mahkota.

“Ia menekankan pentingnya pilihan raya kecil Mahkota dalam membentuk landskap politik untuk pilihan raya umum akan datang,” kata Liew, yang juga timbalan menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Justeru katanya, semua pemimpin DAP Johor dikehendaki bekerja ke arah memenangkan Syed Hussien.

“Jika calon Kerajaan Perpaduan diterima oleh semua lapisan pengundi di Mahkota, pilihan raya kecil ini akan membantu membuka jalan bagi kerajaan persekutuan yang lebih kuat dan stabil, serta kerjasama yang lebih erat antara PH dan BN di peringkat negeri, mempersiapkan kebangkitan semula Malaysia dan lonjakan semula ekonomi,” tambah Liew.

Syed Hussien yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang dinamakan sebagai calon bagi kerajaan perpaduan pada PRK berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Sept sebagai hari mengundi, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Pada pilihan raya negeri Johor 2022, Sharifah menang di kerusi itu dengan majoriti selesa sebanyak 5,166 undi mengatasi calon PH, Muhammad Taqiuddin Cheman. Mk

DAP Johor diarah pastikan kemenangan BN di Dun Mahkota

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker