Inkues kematian Nour Rania: 14 saksi beri keterangan
SEREMBAN: Empat belas saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada prosiding hari pertama inkues bagi menyiasat punca kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri, atau ‘Baby Syifa,’ di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Februari lepas.
Prosiding di hadapan Koroner Datin Surita Budin dimulakan dengan memanggil anggota Balai Polis Mambau Lans Koperal Khairunnisa Muzlan, yang merupakan penerima laporan pertama.
Ia diikuti anggota Pondok Polis Sendayan Lans Koperal Muhammad Faizul Ab Rahman, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sendayan Dr Nur Aishah Abdul Latiff, Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban Dr Muhammad Afiq Mohd Zain dan beberapa ibu bapa yang menghantar anak ke pusat asuhan itu.
Turut hadir ibu bapa mangsa Yuseri Yusoff dan Anida Idrus.
Barisan pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan Badius Zaman Ahmad, peguam Hafiz Norkhan dan Gaithri Thomas mewakili keluarga bayi itu manakala Norliana Ali Othman bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak pengasuh.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly, saksi ketiga Dr Nur Aishah memaklumkan mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sendayan pada 3.45 petang oleh seorang wanita bertudung.
Beliau kemudian mengarahkan petugas kesihatan membawa mangsa ke bilik rawatan untuk diberikan bantuan kecemasan awal.
Katanya pegawai dan pembantu perubatan lain kemudian melakukan beberapa prosedur termasuk bantuan pernafasan selain suntikan adrenalin serta memasukkan air ke dalam badan mangsa namun tiada respons positif diterima.
Dr Nur Aishah berkata kes itu kemudian diserahkan kepada Dr Muhammad Afiq yang tiba pada 4.15 petang.
Bagaimanapun, pemeriksaan oleh pegawai perubatan itu mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 4.30 petang.
Katanya beliau tidak mengetahui punca kematian mangsa dan hanya dimaklumkan oleh pegawai perubatan lain bahawa bayi malang itu terjerut buaian.
Prosiding inkues bersambung pada 10 Nov depan.
BERNAMA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf
- Ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong
- Sugar mummy, Fasha Sandha sedia dikecam
- Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
- Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
- Kereta terbabas, lima pelajar UiTM tak dapat hadir konvokesyen
- Serangan Muhyiddin terhadap Ismail bukti politik negara tidak stabil – Zahid
- Anak dara Tiara Jacquelina, ikut wajah arwah ayahnya
- Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
- Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
- PH tiada harapan dapat undi Melayu dalam PRU-15
- Korang ini Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH? – Asyraf
- Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
- Caprice sedia diheret ke mahkamah
- Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
- Upah ‘pelakon’ RM10k untuk rompak dan bunuh suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.