Setiausaha politik Ismail jawab Bung isu keputusan tidak dipersetujui

Setiausaha politik Ismail jawab Bung isu keputusan tidak dipersetujui

Setiausaha politik kepada perdana menteri menjelaskan menjadi perkara biasa jika berlaku “tentangan” daripada Jemaah Menteri sehingga menyebabkan satu keputusan besar tidak dapat dilaksanakan.

Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad berkata, perkara itu sudah menjadi lumrah, malah berlaku ketika pentadbiran kerajaan tunggal Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya, mengikut amalan biasa semua keputusan besar harus dibawa ke Kabinet sebelum diputuskan dan tidak boleh dilaksanakan jika ada menteri tidak berpuas hati.

“Ia mesti dapat persetujuan Kabinet yang menguruskan negara.

“Jadi istilah kata ada tentangan dan sebagainya itu normal (biasa), masa zaman BN pun begitu…lumrahnya sekiranya ada menteri tidak bersetuju dengan cadangan itu maka tidak dapat dilaksanakan,” katanya selepas meraikan kanak-kanak OKU dari Muar, di Menara Berkembar Petronas.

FMT sebelum ini melaporkan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Bung Moktar Radin bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi negara kerana kebanyakan cadangan dibantah oleh pemimpin dalam kerajaan.

Bung mendakwa, Ismail tidak mempunyai kuasa mutlak dalam apa saja yang dirancang kerana perlu mendapat persetujuan pemimpin lain termasuk Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara (MPN).

“Dakwaan Muhyiddin yang mengatakan Ismail gagal mentadbir negara itu tidak benar, sebab perdana menteri tiada kuasa mutlak untuk apa saja yang dirancang kerana pertama, mesti mendapat persetujuan Muhyiddin dan pemimpin lain.

“Kedua, perdana menteri tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi sebab kebanyakan cadangan dibantah oleh rakan dalam kerajaan,” kata timbalan ketua menteri Sabah itu. FMT

Setiausaha politik Ismail jawab Bung isu keputusan tidak dipersetujui


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker