Peniaga tudung didakwa tipu ‘kekasih’ RM483,570
Peniaga tudung didakwa tipu ‘kekasih’ RM483,570
Kota Bharu: Peniaga tudung didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 166 pertuduhan menipu ‘kekasih’ yang dikenali di Facebook dengan jumlah keseluruhan RM483,570, antara 3 Julai 2018 hingga 6 Ogos 2020.
Bagaimanapun, tertuduh, Natasha Adini Abdullah, 27, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa selama tiga jam di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu dengan cara memperdayakan seorang lelaki berusia 32 tahun melalui pinjaman wang dengan cara menyamar sebagai Nur Farah Alisya dengan nilai antara RM300 hingga RM10,000.
Perbuatan itu dengan curangnya mendorong lelaki itu yang bekerja sebagai peniaga barang basah secara dalam talian membuat transaksi pindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM483,570 ke dalam satu akaun bank atas nama Natasha Adini Abdullah.
Kesalahan itu dilakukan olehnya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, antara 3 Julai 2018 hingga 6 Ogos 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada setahun dan sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Abu Arsalnaa menawarkan jaminan sebanyak RM285,000 untuk kesemua pertuduhan.
Natasha Adini merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan wang jaminan kepadanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,700 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan wanita itu perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Selain itu, mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes serta melantik peguam dan serahan dokumen. HM
Peniaga tudung didakwa tipu ‘kekasih’ RM483,570
Baca Artikel Menarik:
- Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf
- Ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong
- Sugar mummy, Fasha Sandha sedia dikecam
- Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
- Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
- Kereta terbabas, lima pelajar UiTM tak dapat hadir konvokesyen
- Serangan Muhyiddin terhadap Ismail bukti politik negara tidak stabil – Zahid
- Anak dara Tiara Jacquelina, ikut wajah arwah ayahnya
- Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
- Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
- PH tiada harapan dapat undi Melayu dalam PRU-15
- Korang ini Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH? – Asyraf
- Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
- Caprice sedia diheret ke mahkamah
- Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
- Upah ‘pelakon’ RM10k untuk rompak dan bunuh suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET