Orang muda tak kena serangan jantung, lihat fakta ini

Orang muda tak kena serangan jantung, lihat fakta ini

SERANGAN jantung bukan lagi satu penyakit yang hanya dikaitkan dengan warga emas.

Justeru, mentaliti yang mengaitkan permasalahan dengan golongan berumur memang sudah lapuk.

Masakan tidak, jika dicongak, krisis kesihatan berkenaan kini banyak dialami oleh anak muda.

Lebih membimbangkan lagi, fakta menunjukkan bahawa individu yang mengalami serangan jantung pada usia 20-an atau awal 30-an telah meningkat, dengan satu daripada lima pesakit berumur bawah 40 tahun.

Kajian tentang penyakit arteri koronari dalam kalangan belia Malaysia pula mendapati, hampir 70 peratus peserta berumur 15 hingga 24 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko kardiovaskular.

Mengulas lanjut mengenainya, Pakar Perunding Kardiologi Residen, Hospital Aurelius Nilai, Negeri Sembilan, Dr Nabil Idris berkata, penyakit jantung tiada diskriminasi umur dan boleh menyerang sesiapa sahaja.

“Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi merupakan faktor penyumbang utama. Kami menyaksikan semakin ramai golongan muda yang mempunyai risiko-risiko ini.

“Sungguhpun dalam lingkungan usia 20-an sangat penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan pengalamannya, Dr Nabil menyenaraikan beberapa salah tanggapan yang lazim didengari dalam kalangan golongan beli. Antaranya seperti:

1) “Saya masih muda! Saya boleh makan apa-apa sahaja tidak mengira masa.”

JAWAPAN BALAS KEPADA PANDANGAN ITU:

-Siapa yang tidak menggemari sesi gerai mamak pada lewat malam? Namun, anda perlulah berfikir baik-baik sebelum memesan maggi goreng kesukaan
-Ini kerana diet yang tidak sihat dan tinggi lemak akan menyebabkan pengumpulan plak pada arteri, sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Selain itu, apa kata tukarkan teh tarik anda dengan teh c kosong?

2) “Tak perlulah kawal rokok dan alkohol. Saya masih muda lagi!”

JAWAPAN BALAS KEPADA PANDANGAN ITU:

-Amalan merokok adalah faktor risiko utama kegagalan jantung kongestif kerana ia mampu menyebabkan aterosklerosis dan meningkatkan tekanan darah. -Alkohol yang diambil secara berlebihan selama beberapa tahun dapat menghasilkan kardiomiopati alkohol iaitu satu keadaan yang mana alkohol bertindak sebagai toksin untuk melemahkan otot jantung secara langsung.

3) “Orang-orang muda boleh menangani tekanan dengan baik, jadi itu bukanlah masalah besar.”

JAWAPAN BALAS KEPADA PANDANGAN ITU:

-Tidak kiralah fizikal atau emosi, tekanan yang berterusan akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan peredaran darah.
-Kajian mendapati, apabila seseorang berasa tertekan, amigdala (bahagian otak yang menangani tekanan) akan memberi isyarat kepada sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah putih berlebihan.
-Ini dapat menyebabkan arteri meradang yang berupaya mencetuskan serangan jantung, angina dan strok.
-Sesungguhnya, kehidupan kita memang tidak lari daripada tekanan. Namun, anda mesti memperuntukkan masa untuk berehat, memulihkan tenaga tubuh dan menyegarkan tubuh untuk memerangi kesan tekanan.

4) “Tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi hanya melanda orang-orang yang berusia.”

JAWAPAN BALAS KEPADA PANDANGAN ITU:

-Semua ini adalah faktor risiko klasik untuk penyakit jantung.
-Namun, golongan muda mungkin tidak sedar jika mereka mempunyai penyakit ini melainkan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan.
-Tiada salahnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti sebarang tanda masalah awal.

Ujar Dr Nabil, walau sesetengah faktor risiko penyakit jantung tidak dapat dikawal, misalnya umur atau sejarah keluarga, orang ramai boleh mengambil tindakan untuk mengurangkan risiko dengan mengubah faktor yang boleh dikawal.

“Perubahan kecil dalam gaya hidup seperti bersenam dan membuat pilihan pemakanan yang sihat, boleh mendatangkan perubahan besar kepada kesihatan jantung.

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jalani pemeriksaan jantung dan kenal pasti faktor risiko anda lebih awal dan ambil tindakan proaktif bagi melindungi dan menguatkan jantung,” katanya. SPlus

Orang muda tak kena serangan jantung, lihat fakta ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker