Neelofa asyik tunjuk gambar sisi Bilal

Mengada sungguh

Neelofa asyik tunjuk gambar sisi Bilal

Seperti dijangka ramai, selebriti terkenal Neelofa sekali lagi membuatkan peminatnya tidak senang duduk apabila berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Biarpun sekadar menampakkan bahagian sisi, Neelofa, 33, kelihatan semakin terbuka dan tidak lagi keterlaluan menyembunyikan wajah anak sulungnya itu.

Menerusi perkongsian terbaharunya, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memuat naik video memaparkan suaminya, Haris Ismail sedang mendukung dan memeluk Bilal.

“Yang buat hati ini bahagia, apabila dapat meluangkan masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, melancong serta berniaga.

“Sayang awak berdua,” tulis pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu ringkas.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, rata-rata netizen tetap teruja untuk menatap wajah Bilal.

“Sudah dijangka Neelofa nak kongsi muka Bilal walaupun sedikit sebegini, kita tunggu minggu depan pula,” kata seorang netizen.

“Neelofa kongsi wajah Bilal buat kami seperti main puzzle,” komen peminatnya.

“Tidak kisahlah orang cakap, tetap ramai yang menanti-nanti untuk melihat muka Bilal,” kata seorang pengguna Twitter.

Minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menuai perhatian apabila pertama kali berkongsi foto Bilal tanpa menutup menggunakan sebarang emoji.

Bilal yang kini berusia lapan bulan dilahirkan pada 29 Januari lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. K online

Neelofa asyik tunjuk gambar sisi Bilal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker