Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
Apakah definisi ‘seks hebat’ bagi pasangan berkahwin?
Secara logik dan semula jadi, kenikmatan perkara pertama yang muncul di fikiran.
Bagaimanapun, lelaki dan wanita mempunyai pandangan dan pengalaman seksual yang berlainan serta melihat hubungan kelamin dengan persepsi berbeza.
Apa yang ditafsirkan sebagai hubungan kelamin yang hebat oleh lelaki mungkin tidak membawa maksud sama kepada wanita.
Malah, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pengalaman seksual dan pendapat mengenai seks yang melangkaui keinginan dan inisiatif, terutama wanita.
Di kebanyakan negara, topik seksual adalah perkara terlarang, termasuk di Malaysia, di mana kebanyakan generasi muda beralih kepada budaya pop atau rakan sebaya untuk mendapatkan bimbingan dan rujukan seksual.
Dengan itu, tiada siapa yang benar-benar bercakap mengenai kepentingan mengiktiraf dan mengenal keseronokan dan hak seksual, selain perasaan malu, takut dan kekeliruan yang biasanya dikaitkan dengan kesihatan seksual.
Fahami hak seksual bagi mendapat kenikmatann
Malangnya, disebabkan kurangnya pendidikan seksual dan norma sosial masyarakat, wanita menerima pandangan moral dan jangkaan seks berbeza berbanding lelaki.
Sebagai contoh, di mata masyarakat, kesuburan sentiasa menjadi tumpuan dan bukannya kenikmatan. Wanita diharap melakukan hubungan seks untuk kesenangan pasangan mereka, manakala lelaki tidak perlu membalas kenikmatan itu dan menjadi punca ketegangan.
Menerusi komunikasi dan latihan mengawal tubuh, wanita dapat membuka pintu untuk mencapai kenikmatan seksual yang diinginkan.
“Apabila wanita diberi kuasa dan selesa dalam menginginkan keseronokan, selain dapat berkomunikasi mengenai apa yang berkesan dan tidak, maka, ia bukan saja dapat mengubah dinamik kuasa dalam sesuatu perhubungan, malah menjadikan perbincangan mengenai keseronokan dan persetujuan.
Meningkatkan harga diri seksual anda
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Beauty & Co, Yap Yann Fang, berpendapat harga diri seksual turut memainkan peranan utama dalam keupayaan seseorang untuk mengekalkan hubungan sihat, rapat dengan diri sendiri dan pasangan, selain mencapai kesihatan seksual yang baik.
Walaupun, dunia beri penekanan kepada kepentingan penampilan fizikal adalah mustahil wanita tidak mempunyai pemikiran negatif mengenai imej badan mereka.
Perkara seperti berasa tidak selesa atau tidak menarik secara seksual lebih cenderung berlaku terhadap wanita berbanding lelaki.
“Mereka yang berasa demikian mempunyai dorongan seks lebih rendah, kekecewaan seksual dan rasa tidak puas hati yang menjejaskan hubungan seksual dengan pasangan.
“Selain itu isu imej badan, harga diri seksual juga akan mula menurun akibat faktor usia, fizikal dan hormon,” katanya.
Ketakutan keintiman seksual
Apabila wanita meningkat usia, mereka secara beransur-ansur akan kehilangan sumber utama estrogen, selain otot lantai pelvik menjadi lemah sehingga menyebabkan hubungan seks menjadi tidak selesa atau menyakitkan.
Perkara itu yang membawa kepada ketakutan terhadap keintiman seksual, sekali gus menghindari aktiviti itu.
Malangnya, menjadi perkara biasa bagi kebanyakan wanita untuk mempunyai masalah seksual atau kurang keyakinan terhadap tubuh.
“Ia sebenarnya adalah ‘okay’. Namun begitu, kita sentiasa diberi pilihan untuk memperbaiki diri dan mempunyai pemikiran positif terhadap badan dan hubungan seks,” ulas Yann Fang.
Untuk membuat pilihan kesihatan yang terbaik, sama ada fizikal, mental atau seksual, kita mesti terlebih dahulu, memahami badan dan keperluan sendiri, selain menerima ketidaksempurnaan serta membuat pelaburan melaburkan masa untuk mencintai diri dari dalam.
Tiada jalan pintas memastikan kesihatan seksual kita, namun masih belum terlambat untuk mengubah cara lama dan berusaha menjadi seorang yang sihat dari segi seksual.
Malah, setiap wanita berhak mendapat kehidupan seks yang bahagia dan sihat.
Terdapat pelbagai rawatan berteknologi tinggi kesihatan seksual yang digunakan bagi meningkatkan kepuasan intim wanita secara keseluruhan dan merawat isu kesihatan seksual seperti rawatan bukan invasif dan bukan pembedahan. BH
Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.