Empat kanak-kanak ditahan rogol remaja perempuan berusia 13 tahun

Empat kanak-kanak ditahan rogol remaja perempuan berusia 13 tahun

Empat suspek yang ditahan kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak akan ditahan polis kerana kesemuanya masih dibawah umur.

Kesemua suspek tersebut berusia antara 11 hingga 13 tahun dan mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Cipayung, Jakarta Timur.

Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Wibowo berkata, keempat-empat suspek akan dimasukkan ke pusat pemulihan tersebut selama enam bulan.



“Sehingga kini, keempat-empat suspek itu masih dalam tahanan reman dan mereka tidak akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sehingga selesai proses pemulihan.

“Sebab utama mengapa mereka tidak dihantar pulang kerana keadaan keluarga masing-masing tidak berada dalam keadaan yang baik.

“Kesemua suspek bawah umur itu berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, keempat-empat suspek juga dilaporkan sudah lama berhenti sekolah.



Kes itu bermula apabila kesemua suspek berkenaan yang didakwa mengenali mangsa merogolnya di sebuah kawasan taman ketika berjalan pulang ke rumah.

Polis memaklumkan, seorang daripada suspek pernah menaruh perasaan pada mangsa, namun tidak dilayan, menyebabkan mereka nekad untuk merogolnya. Utusan

Empat kanak-kanak ditahan rogol remaja perempuan berusia 13 tahun


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker