Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
Ong Tee Keat mungkin bertanding di Pandan
Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
Warisan memberi petunjuk bahawa bekas presiden MCA Ong Tee Keat akan menyertai parti itu tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Ong masing-masing tidak mahu mengulas lanjut perkembangan itu.
Semasa sidang media semalam, Wong mengesahkan akan ada calon VIP menyertai parti itu dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden Warisan Shafie Apdal.
“(Ahli baru itu dari) MCA dan DAP.
“Kita tidak kisah tentang latar belakang mereka sebelum ini, yang penting mereka menyokong perjuangan kami dan rakyat boleh menerima mereka,” katanya.
Diasak lebih lanjut jika Ong telah menyertai parti itu, Wong berkata mereka “sedang berhubungan” dan bekas presiden itu belum “menyertai Warisan secara rasmi”.
Sementara itu, Ong enggan mengulas spekulasi itu ketika dihubungi.
Sebelum ini, Shafie dilaporkan oleh Oriental Daily sebagai berkata sama ada Ong akan menyertai Warisan atau tidak akan diketahui “bila tiba masanya”.
Sin Chew Daily semalam memetik sumber sebagai berkata bahawa Ong mungkin diletakkan di kerusi yang dipernah diwakilinya, iaitu di Pandan.
Warisan sedang berusaha untuk memperluaskan pengaruhnya di luar pangkalannya di Sabah dan mengalu-alukan beberapa bekas wakil rakyat menyertai pari itu.
Antara mereka, termasuk bekas ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun, bekas anggotaeExco kerajaan negeri Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang dan bekas Adun Kukup dari Umno Suhaimi Salleh. Mk
Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
You must be logged in to post a comment.