Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
PETALING JAYA: Semakin ramai guru yang serik dan enggan terlibat mengurus selia peperiksaan awam seperti SPM dan setaraf dengannya.
Menurut laporan FMT, seorang guru yang enggan dinamakan kerana khuatir dikenakan tindakan tatatertib, bukan hanya isu bayaran mengawas peperiksaan lambat dibayar, bahkan kadar bayaran yang tidak setimpal dengan masa dan tenaga, menjadi “barah” dalam kalangan pendidik.
“Saya antara guru yang uruskan ujian lisan SPM tahun lepas. Saya guru interlokutor iaitu guru yang bertanyakan soalan secara berulang-ulang kepada calon SPM, biasanya dari sekolah sama (dengan calon peperiksaan).
“Bersama saya ada guru penilai (assessor) dari sekolah lain yang tidak bertanyakan soalan. Guru interlokutor dibayar RM75 secara ‘one-off’ manakala guru penilai dibayar RM150 juga ‘one-off’.
“Masalahnya, jika seseorang guru kena aju soalan untuk sekolah yang ada ramai calon dan memakan masa berhari-hari, bayaran tetap RM75. Jika bernasib baik dapat sekolah kurang murid, dan boleh diselesaikan dalam masa satu hari. Kesian pada guru yang bekerja berhari-hari, tapi dapat bayaran sama rata dengan yang kerja sehari,”
Guru interlokutor menyumbang enam markah sementara guru penilai menyumbang 18 markah dalam sesuatu ujian lisan.
Tuntutan perjalanan juga dipotong untuk ‘penjimatan’
Bukan itu sahaja, guru yang berkhidmat di selatan tanah air ini mendakwa, tuntutan perjalanan oleh petugas peperiksaan daripada mengawas sehingga penanda kertas jawapan selalunya dipotong sana sini, atas alasan penjimatan.
“Masing-masing guru-guru berasa serik jaga peperiksaan dan tanda kertas jawapan SPM tahun sudah. Sudahlah bayaran lambat dan masih belum dibayar sehingga hari ini, tuntutan elaun perjalanan yang tidak seberapa itu pun mahu dipotong sana-sini.
“Pihak kementerian mahu berjimat. Kami para guru? Kami pun ada komitmen kepada pasangan, anak-anak, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan sebagainya. Sekali-sekala tak apa. Kalau saban tahun macam ini? Siapa tahan?” keluhnya yang sehingga kini masih belum menerima bayaran mengendalikan ujian lisan, walaupun sudah tujuh bulan berlalu.
Ujian lisan diadakan pada Februari lepas (sesi pertama) dan sesi kedua pada April untuk calon yang terkena wabak covid-19.
FMT sebelum ini melaporkan masih terdapat guru-guru yang mengawas dan menanda kertas peperiksaan SPM dan lain-lain, belum mendapat bayaran penuh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
FMT berhasil menjejak seorang lagi guru yang mengajar di utara tanah air yang sehingga kini masih belum mendapat bayaran mengawas peperiksaan.
Guru itu memaklumkan beliau baru sahaja menghubungi pihak berkaitan bertanyakan status bayarannya dan jawapan yang diterima adalah “harap bersabar, masih banyak lagi”.
“Saya baru sahaja hubungi unit kewangan SPM, katanya masih dalam proses lagi. Saya persoal balik (KPM) kata paling lewat bulan lapan? Sekarang dah bulan sembilan dan dia jawab harap bersabar puan sebab masih banyak lagi,” katanya.
Biarlah berbaloi masa, tenaga dicurahkan
Ibu kepada lima orang anak itu memberitahu para guru tidak minta dibayar mahal namun biarlah berbaloi dengan masa dan tenaga yang dicurahkan.
“Bukan kami minta bayaran tinggi, tapi setimpal dengan tekanan masa dan kerjanya. Ini internet pun kena pakai sendiri punya, elaun dipotong sana sini dan bayaran tersangat lambat.
“Kalau semua guru sepakat, tak nak buat kerja-kerja ini lagi pada SPM akan datang, baru mereka tahu, langit itu tinggi ke rendah. Tapi itulah, kami ini (guru) bukan jenis yang ingkar arahan tak bertempat, tapi rasa tak patut, orang perah keringat kita macam itu sahaja,” katanya.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon memberitahu pihak kesatuan maklum akan perkara ini dan dalam peringkat rundingan dengan KPM.
“NUTP sedang berunding dengan KPM”, katanya kepada FMT.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.