Biodata Artis Syatilla Melvin. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Syatilla Melvin. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Syatilla Melvin. Profail dan Latar Belakang. Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin lahir pada 8 hb Februari 1991.  Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon, model dan usahawan wanita Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir,  aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu. Beliau merupakan adik kepada Syafiqa Melvin dan kakak kepada Syifa Melvin dan Syida Melvin

Syatilla merupakan adik ipar kepada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Syatilla dilahirkan pada 8 Februari 1991 dan berasal dari Parit Buntar, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik, bapanya berketurunan Jepun manakala ibunya berketurunan Melayu. Kakak sulungnya ialah Syafiqa merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.  Adiknya, Syifa juga bergiat aktif dalam bidang pemodelan dan lakonan.

Kerjaya

Syatilla Melvin memulakan kerjaya awalnya sebagai model apabila menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi, Ramona Zamzam dan Anzalna Nasir. Beliau kemudiannya terjun ke bidang lakonan pada 2012[3] dan berlakon dalam beberapa telefilem dan drama Melayu. Drama pertama lakonannya ialah BFF (Best Friends Forever) yang disiarkan di TV3 pada tahun yang sama.

Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Selepas berlakon dalam BFF, beliau berlakon dalam beberapa lagi drama dan telefilem, antaranya ialah Dalam Setiap SujudRindu Bertamu di Abu DhabiKalau Bukan Aku dan Rentas Samudera.

Kehidupan peribadi

Dengan hanya sekali lafaz, Syatilla dan pasangannya, pelakon Shaheizy Sam selamat diijabkabul pada 8 Februari 2016, yang jatuh kepada ulang tahun kelahirannya ke-25. Majlis resepsi pengantin perempuan telah diadakan pada 9 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Villa manakala resepsi pengantin lelaki diadakan pada 14 Februari 2016 di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.[4]

Pada 9 Mei 2017, Sam dan Syatilla menyambut kedatangan cahayamata sulung bernama Syeriv Samheizy. Dua tahun kemudian, iaitu pada 16 April 2019, Syatilla dan Sam dikurniakan cahaya maya kedua, iaitu anak sulung perempuan yang diberi nama Sarima Samheizy.

Biodata Artis Syatilla Melvin.

Syatilla Melvin
 

Syatilla pada 2014
Kelahiran
Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin

8 Februari 1991 (umur 30)

Parit Buntar, Perak, Malaysia
Nama lain Tilla
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan Pelakon, model, usahawan
Tahun aktif 2012 – kini
Pasangan Shaheizy Sam (berkahwin 2016)
Anak 2
Ibu bapa Amirol Melvin Abdullah (bapa)
Keluarga Syafiqa Melvin (kakak)
Zainal Abidin Osman (abang ipar)
Syifa Melvin
(adik)
Syida Melvin
(adik)

FOTO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Baju tidur seksi, Syatilla Melvin kena kecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker