Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
Umno lebih rela menanggung pedih kekalahan pada pilihan raya umum lalu, daripada terus dikhianati PAS selepas parti itu “berselingkuh” dengan Bersatu ketika kerjasama Muafakat Nasional (MN) berada di puncak.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek, berkata parti itu “tak lalu” bekerjasama dengan PAS, yang mengkhianati mereka apabila menubuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, parti serpihan Umno.
“Keputusan PRU14 pedih, lebih pedih bila dikhianati selepas itu. Semua itu berada dalam Bersatu yang sedang berdakapan dengan PAS dalam satu selimut.
“Umno tak lalu untuk berada dalam satu selimut dengan orang yang pernah mengkhianatinya,” katanya kepada FMT.
Semalam, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata Umno akan mengulangi keputusan PRU14 jika kekal mahu bergerak solo.
Katanya, tindakan bergerak solo dilihat hanya lebih mementingkan diri daripada memelihara perpaduan dan menjaga kepentingan rakyat.
Baru-baru ini Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS itu sendiri.
Pada 2 Ogos, Zahid “mengajak” PAS beradu kekuatan terlebih dulu pada PRU15 sekiranya ingin bercakap berhubung pembentukan kerjasama.
Dalam PRU14 pada 2018, Umno dan Barisan Nasional (BN) tumbang buat kali pertama sejak lebih 60 tahun memerintah negara kepada Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, parti itu kembali membentuk kerajaan bersama Bersatu dan PAS sebagai kerajaan PN susulan “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kerajaan PH runtuh selepas 22 bulan memerintah.
Bersatu dan PAS kemudiannya mendaftarkan PN secara rasmi pada 7 Ogos 2020, lima bulan selepas Kabinet Muhyiddin Yassin mentadbir Putrajaya.
Penubuhan gabungan itu dibuat tanpa sebarang perbincangan bersama Umno, menyebabkan parti itu merasa dikhianati PAS.
Sementara itu, seorang lagi ahli MKT Umno, Isham Jalil, menyindir PAS agar kekal bekerjasama dengan pengkhianat dan penipu manifesto, merujuk kepada Bersatu – jika mahu kalah teruk pada PRU15.
“Nak kalah teruk pergilah berganding dengan pengkhianat dan penipu manifesto. Sila pikul mereka dan kena getah,” katanya. FMT
Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?
You must be logged in to post a comment.