Dulu nak Mora out, sekarang nak balik

Dulu nak Mora out, sekarang nak balik

“Dulu nak (Benjamin) Mora ‘out’, sekarang nak Mora balik,” luah Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial, hari ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, beliau hairan dengan kehendak penyokong yang kini mula mendesaknya supaya mengambil semula Mora yang digantikan dengan Hector Bidoglio pada Julai lalu.

Keputusan menggantikan Mora diambil selepas dia meminta untuk dilepaskan bagi menyelesaikan urusan keluarganya di Mexico.

“Dulu bertahun-tahun sikit-sikit Mora ‘out’. Sekarang nak Mora balik. ‘Time’ Mora, semua asyik ‘complain’ tak habis-habis hantaran belakang, permainan perlahan, taktikal tak bagus dan macam-macam lagi.

“Yang berbual pasal taktikal ini dah berapa piala menang? Saya pun nak tahu,” kata Tunku Ismail yang turut mempelawa penyokong dan pakar bola sepak hadir dalam sesi soal jawab bersamanya di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun ini sudah 11 jurulatih keluar dan masuk, namun JDT tetap berjaya mengekalkan status selaku ‘Raja’ bola tempatan.

“Mari kita jumpa malam ini. Saya pun banyak juga nak belajar dari pakar bola sepak tanah air ini semua. Saya ada satu soalan yang saya ingin bertanya kepada penyokong JDT sekalian.

“Dalam masa 10 tahun JDT telah tukar 11 jurulatih dan ramai pemain. Tetapi macam mana ia tidak menggugat prestasi pasukan?,” katanya.

Sejak Bidoglio membimbing pasukan dua bulan lalu, skuad Harimau Selatan berjaya menjuarai Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC selain semakin hampir mengekalkan trofi Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut. HM

Dulu nak Mora out, sekarang nak balik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker