Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin

 

 

Tidak dinafikan, keadaan ekonomi global yang tidak menentu telah menyebabkan situasi yang amat mencabar untuk rakyat.



Sebab itu pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, dari soal kemiskinan sehinggalah menurunkan pengangguran dengan drastik.

Masih banyak yang perlu dilakukan untuk perbetul keadaan rakyat yang terkesan dari tamparan hebat sejak pandemik Covid.

Tapi ini bukan alasan untuk individu tertentu melemparkan label tanpa cermin diri. Terutamanya apabila individu itu ialah:
– Pengerusi Majlis Pemulihan Negara
– Bekas Perdana Menteri yang banyak buat keputusan janggal
– Presiden parti yang ada wakil dalam Kabinet termasuk dalam portfolio ekonomi

1) Tan Sri Muhyiddin kata:



Banyak syarikat terpaksa kecilkan operasi atau tutup.

Jawapan:

Agaknya sebab apa? Agaknya zaman bila? Cuba tengok berapa syarikat yang tutup semasa dia jadi PM? Lebih 100,000 perniagaan tutup operasi semasa Covid.

Ya sebahagiannya disebabkan Covid memuncak. Tapi sebahagiannya juga sebab Perdana Menteri waktu itu sendiri tidak ada ketegasan apa jalan keluar dari belenggu Covid. Kejap A, kejap B. Kejap buka kejap tutup.



Mujur DSIS jadi PM, buka semula ekonomi. Tarik pelaburan sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi tempoh 9 bulan.

Melalui Bajet 2022, PM juga telah memperkenalkan program Semarak Niaga berjumlah RM40 bilion untuk membantu usahawan dan perniagaan bina semula punca rezeki mereka.

Ini juga dilengkapi oleh inisiatif Jamin Kerja dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas.

Hasil daripada ini, pengangguran turun 12 bulan berturut-turut setelah DSIS jadi PM kepada 3.8% dan jumlah status bekerja naik 600,000 dari Ogos 2021 hingga Julai 2022. Malah, jualan barangan borong dan runcit juga meningkat dengan kadar tertinggi sepanjang tahun ini. Kadar muflis juga menurun tahun ini.



Kalau Tan Sri Muhyiddin? Lockdown sampai bila? Nak kerja atau berniaga macam mana? Nak dapat pendapatan macam mana?

2) TSMY kata:

Ringgit lemah.

Jawapan:



– Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa ringgit Malaysia menyusut berbanding US dolar. Tetapi lebih kukuh berbanding British Pound, Yen Jepun, South Korean Won, dan beberapa matawang lain.

– TSMY berkata Kerajaan tak bersungguh-sungguh memulihkan Ringgit berbanding Dolar. Apa idea hebat TSMY? Hendak tambat matawang? Hendak buat “capital controls”? Hendak pakai rizab antarabangsa kita? Kalau ya, cakap la. Dan bersedia pertahankan idea itu. Kalau setakat kata Ringgit susut tapi tak ada kesedaran punca jauh sekali idea, apa guna?

Kadar faedah di Amerika Syarikat naik dengan cepat. Kalau Malaysia ambil tindakan lebih agresif, ringgit berkemungkinan kukuh sedikit tetapi rakyat akan berdepan dengan kadar bayaran hutang yang lebih tinggi. TSMY hendak minta OPR naik berapa peratus?

3) TSMY kata:



Ada rakyat yang lambat bayar hutang atau ikat perut.

Jawapan:

Sememangnya ada rakyat yang sedang susah. Memang ada PKS yang susah. Tetapi lihat usaha yang dibuat dalam Bajet 2022, antaranya seperti disebut di poin (1). Pinjaman tanpa faedah, pinjaman dengan moratorium 6 bulan semua antara usaha dalam Semarak Niaga.

DSIS juga pernah menyeru kepada institusi kewangan untuk tidak ambil tindakan terhadap mana-mana PKS yang gagal bayar balik pinjaman. Malah, Bank Rakyat dan SME Bank antara institusi perbankan yang tidak ambil apa-apa tindakan.

Zaman Tan Sri Muhyiddin seolah-olah tidak ada yang ikat perut? Adakah kita lupa apa yang telah berlaku?

Ramai tidak mampu membeli keperluan asas sehingga rakyat minta bantuan dengan mengangkat bendera putih. Yang itu apa pula komen TSMY?

4) TSMY kata:

Malaysia import sebahagian besar keperluan makanan.

Jawapan:

Dari dulu lagi. Tetapi apa yang TSMY buat semasa jadi PM untuk memperbaiki kedudukan keselamatan makanan?

Bawah DSIS, tindakan berani dengan penghapusan AP, pembekuan eksport ayam ke luar negara, kemudahan pinjaman untuk petani dan pengeluar makanan, subsidi untuk pengusaha ayam dan lain-lain.

Isu keselamatan makanan ini semua kesinambungan dari dasar-dasar semasa zaman Pak Lah dan Dato’ Sri Najib. Dari Dasar ‘Pertanian untuk semua’ ke Dasar Agromakanan negara.

Apa dasar TSMY? Atau legasi beliau?

5) TSMY kata:

Eloklah pilihan raya diadakan supaya Kerajaan baharu dapat dipilih oleh rakyat.

Jawapan:

Habis tu kenapa tuntut jawatan TPM dan Menteri-menteri? Bab mendapat mandat dari pilihanraya ni BN sudah sebut semenjak Februari 2020 lagi. Berbeza dengan TSMY. Jangankan pilihanraya, sidang Parlimen pun dielak melalui darurat. Jadi agak janggal bila tiba-tiba bercakap tentang mandat rakyat. Apapun, bila PRU sampai kita lihat siapa yang sebenarnya gagal.

Natijahnya, dalam hal ekonomi ini, tiada yang sempurna. Masih banyak masalah perlu diatasi. Tapi sekurang-kurangnya batu asas telah diletak dan kemajuan dicapai dari kedudukan bawah semasa TSMY letak jawatan. Dari semua kemajuan itu, kita akan teruskan usaha.

#SambungYangTergendala

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker