Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim menyarankan peguam negara dijadikan ahli Jemaah Menteri yang mempunyai tanggungjawab kepada Parlimen.
Beliau berkata, langkah itu akan meningkatkan ketelusan sistem keadilan negara kerana peguam negara perlu berdepan wakil rakyat di Parlimen dan menjawab soalan mereka, khususnya mengenai pendakwaan melibatkan kes berprofil tinggi.
“Dia boleh jawab soalan-soalan yang rakyat dan Parlimen mahu tahu,” katanya dalam temu bual FMT, sambil menjelaskan ketika ini, peguam negara mempunyai budi bicara sendiri, sama ada mahu memberikan sebarang penjelasan atau sebaliknya.
Menurut Zaid, cadangan peguam negara dijadikan ahli Jemaah Menteri sudah dilaksanakan di Australia dan United Kingdom.
Zaid sebelum ini meminta Jabatan Peguam Negara membuat penjelasan berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, selepas Peguam Negara, Idrus Harun berkata, kertas siasatan tidak berada dengan jabatan itu.
Beliau juga pernah meminta bekas peguam negara, Tommy Thomas menjelaskan mengapa ahli keluarga bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan menerima dana 1MDB, tidak didakwa.
Zaid juga pernah mempersoalkan keputusan peguam negara meringankan pertuduhan dalam kes Nicky Liow, anak Vincent Tan serta syarikat minyak dan gas, Serba Dinamik.
Beliau bagaimanapun tidak menerima maklum balas atas pertanyaan itu.
Sementara itu, Zaid berkata, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno perlu menawarkan penambahbaikan kepada sistem keadilan sekarang.
“Kita perlukan perubahan struktural dan dasar supaya (sistem perundangan) negara kita lebih adil kepada semua,” katanya.
FMT
Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju