Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
Majlis Profesor Negara (MPN) mengecam bekas peguam negara Tommy Thomas yang mencadangkan agar pembangkang menggunakan isu “kerajaan didominasi Malayu gagal” dalam PRU15.
Presiden MPN Raduan Che Rose berkata kenyataan Thomas adalah “sangat bersifat perkauman” dan mengingatkannya agar tidak bersikap rasis dan mengaitkan kerajaan hari ini dengan mana-mana kaum tertentu.
Thomas membuat kenyataan tersebut dalam forum di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Berdasarkan beberapa laporan media, Thomas berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad letak jawatan pada 2020 atas tanggapan kerajaan pada masa itu “tidak cukup Melayu”, yang kemudiannya disusuli dengan kerajaan diketuai Perikatan Nasional (PN) dan BN
Bagaimanapun, dia berkata dua setengah tahun selepas kerajaan PH tumbang dan ditadbir oleh dua kerajaan yang “didominasi pimpinan Melayu”, apa yang didapati olehnya dan pengundi Melayu adalah pencapaian yang tidak memuaskan.
“Selepas dua tahun setengah itu, ada persoalan penting yang ingin diutarakan: Adakah kerajaan Melayu hari ini lebih efisien dan baik?
“Saya rasa jawapannya, pengundi Melayu pun akan berkata, ‘adakah anda bergurau? Biar betul!’ Mereka buat kerja yang begitu buruk dalam pentadbiran. Jadi kerajaan Melayu (hari ini) telah gagal. Jadi anda perlu menggunakan isu ini,” kata Thomas seperti dipetik Utusan Malaysia.
Menjawab kenyatan itu hari ini, Raduan berkata Thomas tidak patut membangkitkan unsur perkauman
“MPN memberi amaran keras kepada Tommy Thomas untuk tidak menangguk di air keruh serta memporak-perandakan kesepaduan antara kaum di negara tercinta ini dengan membuat kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan rasis.
“Mengaitkan kerajaan pada hari ini sebagai kerajaan dominasi sesuatu kaum sangat tidak tepat kerana kerajaan ini didokong oleh semua kaum (MCA, MIC) termasuk parti-parti pelbagai kaum daripada Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan.
Raduan berkata kenyataan yang menurutnya berunsur perkauman itu perlu ditentang oleh sesiapa saja yang mencintakan keamanaan.
“Rakyat yang baru saja menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia merasa amat terguris dengan kenyataan politik bersifat rasis seumpama ini,” katanya lagi.
Sementara itu, mengulas prestasi kerajaan sedia ada, dia berkata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini jelas menunjukkan kerajaan sedang memulihkan ekonomi yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.
Perkara itu selain “banyak petunjuk lain” menandakan kerajaan hari ini di landasan betul untuk meningkatkan keyakinan pelabur di dalam dan luar negara, katanya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?
You must be logged in to post a comment.