Biar dipasung, ibu tetap menyusui bayi

Biar dipasung, ibu tetap menyusui bayi

Sayu apabila tular gambar seorang ibu duduk di atas katil yang kaki kanannya dipasung tetapi pada masa sama masih menyusukan bayinya berusia lima bulan dengan penuh kasih sayang.

Ketika kejadian di Kampung Sita, mukim Ranamese pedalaman daerah Manggarai Timur, Nusa Tenggara Timur, itu, ibu dikenali sebagai Hu, 32, dikatakan dikurung dan menerima hukuman sedemikian kerana mengamuk akibat disyaki mengalami gangguan jiwa.



Portal Kompas melaporkan, jurucakap polis Stefanus Belasius Rugu ketika dihubungi menjelaskan pihak keluarga mentua wanita itu bertindak demikian sebab si ibu berkenaan sudah mengamuk, membakar pakaiannya sendiri dan pakaian anaknya.

“Lebih-lebih lagi, di rumah itu ada bapa mentua yang sudah tua. Demi keselamatan, wanita itu dikurung di dalam rumah itu selama dua hari. Semasa dipasung untuk menyekat pergerakannya, ibu masih menyusukan bayinya.

“Kini, ibu itu sudah dibebaskan dari pasung oleh keluarganya. Ibu dan bayinya juga sudah dijemput keluarganya dan sedang berehat di rumah ibu bapanya di salah satu daerah di Manggarai,” katanya.

Stefanus menjelaskan, suami pertama wanita itu sudah meninggal dunia dan berasal dari salah sebuah kampung di Daerah Kota Komba.



Katanya, kemudian si ibu berkahwin semula dengan seorang penduduk Kampung Sitadi, salah sebuah kampung di mukim Rana Mese serta dikurniakan seorang cahaya mata.

Suami keduanya itu sudah berhijrah ke Kalimantan untuk bekerja.

Menurut bapa mentua wanita itu, keadaan wanita berkenaan semakin baik dan tidak lagi marah-marah, malah seronok memandikan dan menjaga bayinya selepas kakinya tidak lagi dipasung. HM

Biar dipasung, ibu tetap menyusui bayi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh



Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker