Satu keluarga disamun dengan parang ketika tidur, kerugian cecah RM40 ribu

NILAI – Satu keluarga berdepan detik cemas apabila diacukan parang ketika tidur oleh penyamun bertopeng sehingga mengalami kerugian mencecah RM40,000 dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Lenggeng, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian pada jam 2.30 pagi itu daripada seorang pengadu lelaki berusia 32 tahun.

“Semasa pengadu sedang tidur di dalam bilik utama di rumah bersama isteri dan anak-anaknya, tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mengacukan parang ke arah pengadu.

“Suspek telah mengikat tangan dan kaki pengadu sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek memakai topeng muka dan dipercayai memasuki rumah pengadu melalui salah satu pintu.

“Bagaimanapun, pengadu bersama keluarganya tidak dicederakan dan suspek hanya melarikan wang tunai dan barang kemas dianggarkan lebih kurang RM40,000.

“Siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06–7904389,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker