Trauma lalui 3 pembedahan dan paru-paru ditebuk angkara VAPE!
PUTRAJAYA: Terpaksa ditahan di wad hospital sehingga sebulan dan menjalani prosedur pembedahan sehingga tiga kali dipercayai akibat penggunaan vape secara berlebihan.
Itu merupakan pengalaman pahit dilalui oleh seorang pesakit, Muhammad Faizin Azmi, 24, yang mengalami masalah paru-paru atau lebih dikenali sebagai pneumothorax.
Pneumothorax adalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga di antara paru-paru dan dinding dada disebabkan terdapatnya kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru (ruang pleura) atau paru-paru itu sendiri yang akan menyebabkan paru-paru menjadi kecut.
Menurut pelajar jurusan pentadbiran perniagaan di sebuah universiti swasta di Putrajaya itu, dirinya merupakan seorang penghisap vape tegar selepas berhenti merokok kira-kira lima tahun yang lalu.
“Insiden yang berlaku ini juga telah membuka mata saya untuk tidak lagi menyentuh rokok, vape atau pods selepas ini kerana ada rasa trauma dan tidak mahu ia berulang,” katanya..
Apa yang lebih menyedihkan apabila dia terpaksa menjalani tiga prosedur pembedahan berikutan ‘complicated pneumothorax’ dan hingga kini terpaksa membawa beg khas yang disambung ke jantungnya..
Sementara itu, Presiden Persatuan Laryngectomee Malaysia, Shamsul Rizal Ramli berkata, detik hitam mula menyelubungi hidupnya selepas disahkan menghidap kanser peti suara tahap tiga atau larink sekitar pertengahan 2014.
Dalam masa sama, beliau turut mengakui bahawa dirinya merupakan seorang perokok tegar semasa berada di universiti dan kemudiannya melangkah ke alam pekerjaan.
Menurut Shamsul Rizal, antara gejala awal yang dialami adalah suara serak secara berterusan sehingga menjadikannya sukar untuk bertutur.
“Kira-kira sebulan kemudian saya mengalami sesak nafas dan apabila kembali ke hospital doktor maklumkan kanser sudah semakin membesar serta hampir menutup salur pernafasan jadi saya tiada pilihan selain menjalani pembedahan membuang peti suara atau total laryngectomy,” katanya.
Shamsul Rizal yang juga Pegawai Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bentong itu berkata, selepas menjalani pembedahan dirinyatidak lagi boleh mengeluarkan suara.
Setahun setelah menjalani pembedahan, beliau kemudiannya memilih untuk menggunakan kaedah peti suara tiruan bagi membolehkannya kembali bercakap.
“Inilah implikasi yang terpaksa ditanggung oleh bekas pesakit seperti saya apabila kehilangan nikmat untuk bertutur selain tidak boleh bernafas melalui hidung dan mulut dengan terdapat stoma (lubang) kekal di leher.
“Sebagai seorang guru ia satu bebanan kepada saya namun kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa, setelah saya pasang peti suara tiruan saya kembali ke sekolah untuk mengajar kira-kira dua tahun dan seterusnya ditawarkan jawatan di PPD Bentong,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.