Masalah jika Bajet 2023 belum lulus sebelum PRU-15

Masalah jika Bajet 2023 belum lulus sebelum PRU-15

Masalah akan timbul jika Parlimen dibubarkan sedangkan Bajet 2023 belum diluluskan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belanjawan itu juga berkemungkinan diubah oleh pentadbiran baharu sekiranya kerajaan semasa tewas pilihan raya.

Justeru itu, beliau menyerahkan kepada kerajaan kini sama ada ingin meluluskan belanjawan sebelum atau selepas PRU-15.

“Kita perlu ada sidang Parlimen untuk meluluskan belanjawan tahun depan. Ini perkara diperlukan tetapi kita berhadapan kemungkinan pilihan raya (akan) diadakan.

“Terpulanglah pihak pemerintah memutuskan sama ada mereka akan lulus bajet dulu sebelum pilihan raya atau mengadakan pilihan raya sebelum bajet.

“Kalau ada pilihan raya sebelum bajet, mungkin timbul masalah pada masa depan. Sebaliknya kerajaan yang perkenalkan nelanjawan dan diluluskan Parlimen serta kalah, kerajaan baharu pula yang berhasrat untuk ubah atau menambah belanjawan dilaksanakan pada tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Pejuangnita di sini hari ini.

Belanjawan 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.

Ia dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini.

Mengikut takwim di laman web Parlimen, mesyuarat ketiga penggal kelima dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 yang mana Dewan Rakyat akan bersidang selama 31 hari untuk membahaskan Belanjawan 2023. Utusan

Masalah jika Bajet 2023 belum lulus sebelum PRU-15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker