Kadar OPR lebih tinggi sebelum pandemik berbanding sekarang – Tengku Zafrul

Kadar OPR lebih tinggi sebelum pandemik berbanding sekarang – Tengku Zafrul

Kerajaan tidak mengetahui sama ada kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan lagi memandangkan keputusan itu hanya ditentukan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara (BNM), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Seperti negara-negara lain, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan menentukan OPR.

“Jadi, secara jujur saya tidak tahu dakwaan sekiranya OPR akan naik lagi,” katanya menurut Harian Metro.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, terdapat salah anggap kenaikan OPR yang didakwa mengkayakan pihak bank.

“Apabila OPR naik, bank juga kena bayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, OPR negara masih rendah berbanding negara lain yang naik sehingga lebih 200 mata asas.

Menurutnya, ini berbeza dengan OPR negara yang pada tahap 2.5% dengan BNM menaikkan 75 mata asas, sejak Januari lalu.

“Adakah ini tinggi? Saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9% dan suku kedua adalah 8.9%.

“Harus diingati OPR negara sebelum pandemik Covid-19 adalah sekurang-kurangnya 3% sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif,” katanya. FMT

Kadar OPR lebih tinggi sebelum pandemik berbanding sekarang – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker