Jangka Hayat UMNO Bergantung Kepada Rakyat – Tengku Razaleigh

Selagi Rakyat Masih Menyokong UMNO Dengan Kuat, UMNO Akan Terus Teguh Dan Kuat Serta Berkuasa di Malaysia

Jangka Hayat UMNO Bergantung Kepada Rakyat – Tengku Razaleigh

Jangka hayat UMNO sebenarnya bergantung kepada rakyat, sekiranya rakyat masih menyokongnya dengan kuat, UMNO akan terus tetap teguh dan kuat.

Pandangan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, veteran UMNO itu berpandangan parti berkenaan sekarang berada dalam keadaan tidak aman.

“Ada perpecahan dalam UMNO di negeri-negeri dan di peringkat pusat, dah tak aman, sampai sekarang tak aman. Ada saja orang nak mencelah… tetapi begitulah politik.

“Perpecahan dalam UMNO di negeri-negeri pula, berlaku perebutan, di peringkat pusat, di peringkat negeri dan sebagainya,” tambahnya.

Tengku Razaleigh berkata, keadaan dulu dan sekarang berbeza kerana pada zaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkuasa, ada tiga belas parti mendokong kepimpinan UMNO.

“Ahmad Zahid ambil alih, selepas UMNO kalah. Kita kalah bukan saja di peringkat pusat malah di tiap-tiap negeri kecuali Perlis dan Pahang.

Beliau berkata demikian selepas majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Berhad, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, jika seseorang pemimpin tidak mengambil tanggungjawab dan mengambil kepentingan berbeza, maka parti akan berpecah-belah.

“Johor tak sepatutnya kalah pada pilihan raya lepas, tapi bila ada kepentingan sampingan, maka kita tak tumpukan apa yang hadapi, sebab itu kita kalah. Macam Selangor dan Kelantan dahulu juga berlaku perpecahan lalu menyebabkan kita kalah,” katanya.

Jelasnya dengan isu semasa, ia turut menjejaskan sokongan rakyat.

“Memang itu sebabnya kita selalu merayu supaya ada perpaduan dan solidariti dalam kalangan kita. Tak boleh sesiapa mencelah. Kita kena bulat. Tetapi kalau kita berpecah dan ada beberapa kerat bawa cerita lain, tak sedaplah. Bagaimana nak lawan musuh?” ujarnya.

Sementara itu Tengku Razaleigh mempersoalkan hasrat pimpinan UMNO untuk membawa parti bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sedangkan, jelasnya, UMNO merupakan parti yang berada dalam gabungan Barisan Nasional (BN) yang turut disertai 13 parti komponen lain termasuk parti dari Sabah dan Sarawak.

“Saya sebenarnya tak faham apa makna solo, sebabnya, kalau solo bererti UMNO dan Barisan Nasional itu berbeza.

“Ini kerana Barisan Nasional tak pernah bergerak solo dulu sebelum dikalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum 2018. Barisan Nasional dianggotai 13 parti termasuk dari Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Tengku Razaleigh menjelaskan, pakatan melalui gabungan parti komponen membawa kekuatan masing-masing dengan menggunakan satu simbol sahaja. AA

Jangka Hayat UMNO Bergantung Kepada Rakyat – Tengku Razaleigh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker