Doktor keluarkan botol deodoran daripada punggung pesakit

 

NEW DELHI – Seorang lelaki di India dikejarkan ke hospital selepas memasukkan botol deodoran ke dalam dubur dengan barang tersebut terperangkap selama tiga minggu sebelum dikeluarkan oleh doktor, lapor akhbar New York Post semalam.

Lelaki berusia 27 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu dibawa ke sebuah pusat perubatan di negeri Bengal Barat Rabu lalu, selepas mengalami sakit teruk pada bahagian perut.

Imbasan  X-ray menunjukkan bahawa terdapat botol deodoran sepanjang 19 sentimeter tersekat pada kolon berhampiran duburnya.

Doktor-doktor  percaya pesakit berkenaan memasukkan botol tersebut meskipun alasan kepada tindakannya itu tidak dijelaskan, namun menolak penjelasan untuk menjadikan bahagian belakangnya lebih wangi.

Lebih buruk, botol itu dilaporkan telah berada di dalam punggungnya selama 20 hari kerana lelaki berkenaan gagal mengeluarkannya.

Nyawa lelaki berkenaan juga dipercayai berada dalam bahaya sekiranya dia tidak pergi ke hospital dengan segera.

“Ia adalah sesuatu yang sukar buat kami. Kami merawat pesakit tersebut dengan penuh berhati-hati,” kata penguasa hospital Kolej Perubatan Burdwan, Tapas Ghosh.

Pasukan doktor akhirnya berjaya mengeluarkan botol deodoran tersebut dalam satu pembedahan selama dua jam selepas membelah perut pesakit.

Lelaki berkenaan mengalami kerosakan pada kedua-dua esofagus dan ususnya, kecederaan yang mungkin memerlukan pembedahan lain pada masa akan datang, kata doktor.

Dia juga perlu dipantau oleh pasukan perubatan dalam tempoh tujuh hari sekiranya berlaku sebarang komplikasi lanjut. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker