Cukup-cukuplah PAS

“Cukup-cukuplah PAS”

PAS perlu berhenti mengadakan-adakan cerita ‘sedih’ dan menerima hakikat realiti bahawa UMNO tidak akan lagi meneruskan jalinan Muafakat Nasional (MN) yang sudah terkubur.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAS masih tidak dapat menerima kenyataan mereka sudah diceraikan talak tiga oleh UMNO sehingga timbul pelbagai polemik mengenai MN yang timbul.

Menurut beliau, semakin hari terdapat pelbagai cerita-cerita yang ‘merapu’ sengaja dicipta tentang MN sehingga menyebabkan pemimpin UMNO terkena tempias dalam cerita sadis dijaja mereka.

“Hinggakan dari Mursyidul Am, Presiden sehingga ke Setiausaha Agung mereka sanggup buat cerita fitnah dan palsu kononnya ada pemimpin UMNO yang masih berminat serta berunding dengan mereka untuk teruskan kerjasama MN.

“Apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) minta penjelasan dari geng Pak Lebai (PAS) ni pasal dakwaan mereka ada rundingan sulit MN, Pak Lebai terus pusing cerita, cakap tak ada rundingan rasmi dan tak ada progress pun dalam rundingan itu.

“Nampak geng Tok Guru ni tukar cerita dan tipu pula anak guru agama. Tapi saya tak hairan pun, sebab sebelum ini pun anak guru agama tu pun tipu PAS pasal perjanjian politik sulit antara dia dengan Perdana Menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook peribadinya.

beliau berkata, penipuan dan fitnah yang dilemparkan adalah cubaan untuk pecah belahkan serta melaga-lagakan pemimpin UMNO yang turut didalangi beberapa ‘pengkhianat’ dari dalam parti sendiri.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menyifatkan PAS sedar bahawa sekiranya mereka hanya bersama Perikatan Nasional (PN) tidak akan memperoleh kemenangan mudah.

“PAS masih tergila-gilakan MN dan masih mahu bersama UMNO kerana mereka mula sedar PN dan Bersatu sudah tak kuat. PAS tahu jika mereka hanya bersama PN, peluang mereka untuk menang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) amat tipis dan mereka tak ada peluang lagi untuk jadi menteri serta dapat kemewahan yang dikecapi hari ini,” katanya.

Tambahnya, lebih baik PAS fokus mempertahankan negeri-negeri yang mereka memerintah iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana masyarakat di sana sudah mula muak dengan pemerintahan parti tersebut.

“Jadi saya nak pesan pada PAS terutamanya Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tu, Masyaallah…cukup-cukuplah duk kejar dan gila talak dengan MN serta UMNO. Cubalah faham bahasa sikit, UMNO dah gerak solo dan tak perlukan lagi pasangan, jadi PAS tak payah lagi nak terhegeh-hegeh dengan MN.

“Baik Hadi dan PAS tumpukan saja buat kerja macam mana nak pertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sebab saya dengar pun PAS sudah mula ‘kenaling’ di Kelantan sebab orang Kelantan sudah muak dengan PAS, sampai hasil hutan pun sudah habis tapi rakyat Kelantan tak rasa pun nikmat pembangunan yang diusahakan kerajaan PAS

“Di Terengganu pun, masyarakat di sana katanya mahu kembali kepada kerajaan BN selepas PRU15 apabila PAS gagak bela kebajikan dan pembangunan di negeri itu. Begitu juga dengan Kedah, orang sana dah cemuih dengan peel Menteri Besar, Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) yang asyik sembang bergegaq (besar). Utusan

“Cukup-cukuplah PAS”


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker