Bunyi misteri bawah tanah menakutkan penduduk India

NEW DELHI – Kampung Hasori di daerah Latur di negeri Maharashtra di India digegarkan dengan bunyi misteri bawah tanah baru-baru ini.

Ia telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk kampung, kata seorang pegawai kepada agensi berita PTI.

Seorang pegawai daerah, Prithviraj BP telah melawat kampung itu untuk menenangkan penduduk tempatan dan berkata bahawa satu siasatan sedang dijalankan berhubung bunyi misteri tersebut.

Walaupun penyiasatan awal tidak menunjukkan sebarang tanda aktiviti gempa bumi berlaku di kawasan berkenaan, sepasukan pakar dari Institut Geomagnetisme India dan Universiti Swami Ramanand Teerth Marathwada telah diminta untuk menjalankan siasatan bagi mengkaji fenomena itu dan mengenal pasti punca bunyi aneh tersebut.

Dalam apa yang mungkin kelihatan seperti plot daripada siri Netflix popular drama rantaian ‘Stranger Things’, penduduk sebuah kampung di daerah Latur Maharashtra hairan selepas bunyi misteri boleh didengari di bawah tanah.

Bunyi tersebut telah berlaku sekarang selama lebih seminggu.

Kampung Hasori terletak 28 kilometer dari Killari iaitu tempat di mana gempa bumi maut telah meragut lebih 9,700 nyawa pada tahun 1993. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker