Wanita ‘rompak’ wang simpanan sendiri demi bayar rawatan kanser kakak
BEIRUT, Lebanon – Seorang wanita dan beberapa aktivis di Lebanon menjadi sensasi internet apabila bertindak ‘merompak’ wang simpanan sendiri di sebuah bank di negara itu, lapor laman berita Wion News semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Sali Hafez mendedahkan dia terpaksa mengambil tindakan luar jangkaan tersebut kerana mahu membayar rawatan kanser kakaknya di hospital.
Sali turut membuat penstriman langsung kejadian tersebut di platform media sosial dan diangkat sebagai hero tempatan kerana berani menuntut hak sendiri.
Semasa kejadian, dia merempuh pintu masuk ke dalam Bank BLOM bersama-sama aktivis dari Bantahan Pendeposit dan menyerbu pejabat pengurus.
Semasa siaran langsungnya, dia kedengaran menjerit: “Saya Sali Hafez, saya datang hari ini untuk mengambil wang simpanan kakak saya yang sedang nazak di hospital.”
Dia turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa dia tidak datang ke sana untuk membunuh sesiapa atau memulakan kebakaran tetapi hanya untuk menuntut haknya.
“Saya telah merayu kepada pengurus cawangan sebelum ini untuk mendapatkan wang saya, dan saya memberitahunya kakak saya sedang nazak di hospital.
“Saya berada pada tahap di mana saya sangat buntu dan terdesak mendapatkan wang,” katanya dalam temubual bersama media sejurus selepas menyerah diri kepada polis.
Sali dilaporkan memaklumkan bahawa senjata yang digunakan semasa rompakan adalah pistol mainan milik anak saudaranya.
Sali dan kumpulan itu memaksa pekerja bank menyerahkan wang berjumlah AS$12,000 (RM54,396).
Menurutnyai, dia mempunyai wang simpanan berjumlah AS$20,000 (RM90,660) yang ‘terperangkap’ dalam bank itu.
Dia mengambil langkah tersebut selepas menjual banyak barangan peribadi dan mempertimbangkan untuk menjual buah pinggangnya bagi membiayai rawatan kanser kakaknya yang berusia 23 tahun. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju