Teong Kim gaji paling mahal di Liga M?
Teong Kim gaji paling mahal di Liga M?
Pengendali baharu Perak FC, Lim Teong Kim mungkin memegang ‘takhta’ sebagai jurulatih paling mahal dalam Liga Malaysia (Liga M) berdasarkan kepada pendedahan dibuat pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebelum ini.
Pengarah Urusan Action Football Asia (AFA), Effendi Jagan Abdullah berkata, sebelum ini Teong Kim pernah meminta bayaran 70,000 hingga 80,000 euros (RM327,000-RM374,000) sebulan seperti didedahkan Tunku Ismail, sekali gus menyaksikan bayaran gaji jurulatih terbabit bukanlah murah.
Beliau berkata, kemungkinan jumlah dibayar Perak FC tidaklah mencapai angka berkenaan, namun boleh mencecah enam angka.
Namun, katanya, perkara penting penyokong bola sepak tanah air sudah pastinya mahu melihat hasil ‘air tangan’ Teong Kim yang pernah melatih pasukan Bawah 19 tahun (B-19) Bayern Munich.
“Saya tidak mengetahui gajinya secara tepat, namun jika berdasarkan apa yang pernah didedahkan Tunku Ismail sebelum ini, boleh dikatakan gaji Teong Kim sudah pastinya tinggi berbanding jurulatih lain di Liga M.
“Jika Perak FC mampu membayar gaji jurulatih terbabit tidak menjadi masalah kerana kehadiran Teong Kim sudah pastinya dinantikan penyokong bola sepak tanah air.
“Perkara paling penting adalah jika jurulatih bergaji mahal, namun ‘material’ (barisan pemain) yang ada di Perak FC kurang berkualiti akan menyebabkan hasil kurang menjadi kelak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan Perak FC mengumumkan pelantikan Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang.
Menurut kenyataan Perak FC, Teong Kim menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi.
Teong Kim mempunyai pengalaman selama 12 tahun dengan juara Bundesliga 10 kali, pasukan B-19 Bayern Munich dan melatih pemain seperti Thomas Müller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.
Pengalaman beliau termasuk berkhidmat di Bologna FC serta mengendalikan bakat seperti Nicola Sansone dan Roberto Soriano.
Di peringkat tempatan, beliau pernah memegang jawatan Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara pada 2013 dan kemudian pada 2016, dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari. HM
Teong Kim gaji paling mahal di Liga M?
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.