PAS sudahlah, MN telah terkubur bila kamu memilih Bersatu
PETALING JAYA: PAS perlu berhenti mengadakan-adakan cerita ‘sedih’ dan menerima hakikat realiti bahawa UMNO tidak akan lagi meneruskan jalinan Muafakat Nasional (MN) yang sudah terkubur.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAS masih tidak dapat menerima kenyataan mereka sudah diceraikan talak tiga oleh UMNO sehingga timbul pelbagai polemik mengenai MN yang timbul.
Menurut beliau, semakin hari terdapat pelbagai cerita-cerita yang ‘merapu’ sengaja dicipta tentang MN sehingga menyebabkan pemimpin UMNO terkena tempias dalam cerita sadis dijaja mereka.
“Hinggakan dari Mursyidul Am, Presiden sehingga ke Setiausaha Agung mereka sanggup buat cerita fitnah dan palsu kononnya ada pemimpin UMNO yang masih berminat serta berunding dengan mereka untuk teruskan kerjasama MN.
“Apabila Presiden Bersatu, Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) minta penjelasan dari geng Pak Lebai (PAS) ni pasal dakwaan mereka ada rundingan sulit MN, Pak Lebai terus pusing cerita, cakap tak ada rundingan rasmi dan tak ada progress pun dalam rundingan itu.
“Nampak geng Tok Guru ni tukar cerita dan tipu pula anak guru agama. Tapi saya tak hairan pun, sebab sebelum ini pun anak guru agama tu pun tipu PAS pasal perjanjian politik sulit antara dia dengan Perdana Menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook peribadinya.
beliau berkata, penipuan dan fitnah yang dilemparkan adalah cubaan untuk pecah belahkan serta melaga-lagakan pemimpin UMNO yang turut didalangi beberapa ‘pengkhianat’ dari dalam parti sendiri.
Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menyifatkan PAS sedar bahawa sekiranya mereka hanya bersama Perikatan Nasional (PN) tidak akan memperoleh kemenangan mudah.
“PAS masih tergila-gilakan MN dan masih mahu bersama UMNO kerana mereka mula sedar PN dan Bersatu sudah tak kuat. PAS tahu jika mereka hanya bersama PN, peluang mereka untuk menang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) amat tipis dan mereka tak ada peluang lagi untuk jadi menteri serta dapat kemewahan yang dikecapi hari ini,” katanya.
Tambahnya, lebih baik PAS fokus mempertahankan negeri-negeri yang mereka memerintah iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana masyarakat di sana sudah mula muak dengan pemerintahan parti tersebut.
“Jadi saya nak pesan pada PAS terutamanya Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tu, Masyaallah…cukup-cukuplah duk kejar dan gila talak dengan MN serta UMNO. Cubalah faham bahasa sikit, UMNO dah gerak solo dan tak perlukan lagi pasangan, jadi PAS tak payah lagi nak terhegeh-hegeh dengan MN.
“Baik Hadi dan PAS tumpukan saja buat kerja macam mana nak pertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sebab saya dengar pun PAS sudah mula ‘kenaling’ di Kelantan sebab orang Kelantan sudah muak dengan PAS, sampai hasil hutan pun sudah habis tapi rakyat Kelantan tak rasa pun nikmat pembangunan yang diusahakan kerajaan PAS
“Di Terengganu pun, masyarakat di sana katanya mahu kembali kepada kerajaan BN selepas PRU15 apabila PAS gagak bela kebajikan dan pembangunan di negeri itu. Begitu juga dengan Kedah, orang sana dah cemuih dengan peel Menteri Besar, Sanusi (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) yang asyik sembang bergegaq (besar)
PAS sudahlah, MN telah terkubur bila kamu memilih Bersatu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.