Mahfuz Omar ‘lipat’ Haji Hadi, hujung usia banyakkan beringat
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dinasihatkan supaya memanfaatkan usia tuanya dengan memberikan peninggalan yang lebih baik kepada generasi akan datang dan bukannya dengan dakyah politik kebencian.
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata ini kerana dakyah sedemikian rupa hanya akan menghancurkan negara selain merobek keharmoian yang dikecapi selama ini.
“Saya nasihatkan ustaz Hadi Awang supaya dia beringat, di hujung-hujung usia ini dia harus memberikan peninggalan yang lebih baik untuk generasi kita yang akan datang dan bukan dengan politik-politik kebencian yang boleh merobek dan meruntuhkan negara kita.
“Kerana, bagi saya kenyataan (Abdul Hadi) itu yang sangat tidak baik untuk masa depan negara kerana ia akan menimbulkan kebencian dan permusuhan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah di Seremban, hari ini.
Mahfuz (gambar, atas) dipercayai mengulas dakwaan Abdul Hadi semalam bahawa ramai dikalangan pimpinan PH ‘tidak beriman dan tidak bermoral’.
Semalam, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi menegaskan parti Islam itu tidak akan membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam pilihan raya umum.
Kata Abdul Hadi ini kerana PH tidak mampu menegakkan keadilan yang menyeluruh kepada rakyat, walaupun dalam gabungannya terdapat parti yang menjadikan keadilan dan amanah pada jenamanya.
Malah, Abdul Hadi juga mendakwa ini kerana ramai dikalangan pimpinan PH ‘tidak beriman dan tidak bermoral
Menurut Abdul Hadi, PH ketika menghadapi PRU14 pada 2018 juga memperlihatkan parti gabungan pembangkang itu secara terbuka mengumpulkan ‘kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah’.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata seseorang pemimpin itu perlu membawa politik yang harmoni, murni dan damai dan bukan membina masyarakat dengan pendekatan politik permusuhan dan kebencian.
“Apa yang dinyatakan PAS itu dia membawa kepada ketakutan kepada masyarakat serta rakyat kepada PH dengan menanam bibit-bibit kebencian.
“Saya fikir ini tidak menguntungkan masa depan negara kita. Kita mesti membina Malaysia sebagai rumah kita bukan membina Malaysia ini dengan kemusnahhan dan perbalahan atas bibit-bibit perkauman dan keagamaan seumpama ini,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju