Dua wanita meninggal dalam pesawat dari Turkiye
Dua wanita meninggal dalam pesawat dari Turkiye
Pemandu pelancong berdepan pengalaman tragis apabila menyaksikan dua wanita yang menaiki pesawat sama dengannya meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Istanbul, Turkiye pada 11 September lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamidah Asararuddin, 57, berkata, dia bersama 30 individu lain dalam kumpulannya menaiki pesawat kira-kira 1 pagi (waktu tempatan) dari Istanbul ke Kuala Lumpur.
“Ketika dalam perjalanan itu, saya dimaklumkan ada seorang penumpang daripada kumpulan rombongan lain iaitu Dr Siti Hajar Yahaya mengalami kesukaran bernafas menyebabkan pesawat terpaksa mendarat di Karachi, Pakistan.
“Dia yang dihantar ke hospital di Karachi dilaporkan meninggal dunia di sana dan difahamkan jenazahnya akan tiba di tanah air hari ini, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Merab Luar, Kajang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hamidah berkata, selepas beberapa jam menunggu di dalam pesawat yang mendarat di Karachi, mereka berlepas untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
“Beberapa jam kemudian, rakan memaklumkan seorang daripada ahli rombongan kami, Rosminah Azman, 62, rebah ketika menunggu giliran masuk ke dalam tandas (di dalam pesawat).
“Ketika kejadian, terdapat pasangan suami isteri yang juga doktor cuba memberikan rawatan kecemasan kepada Rosminah.
“Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rosminah dikejarkan ke Hospital Serdang, namun kami dimaklumkan dia sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya yang memaklumkan mangsa adalah antara ahli rombongan yang dibawanya ketika mengetuai kumpulan itu melawat Turkiye selama 11 hari 10 malam bermula 2 September lalu.
Dia menyifatkan peristiwa berdepan dua individu meninggal dunia dalam tempoh masa 10 jam di dalam pesawat sama adalah pengalaman tragis baginya.
“Tidak pernah dalam sejarah hidup saya berdepan kematian dua individu sekali gus dalam pesawat sama.
“Namun, pada masa sama saya jadikan kejadian ini sebagai iktibar dan pengajaran dari segi langkah awal yang patut diambil apabila berdepan kecemasan,” katanya. HM
Dua wanita meninggal dalam pesawat dari Turkiye
Baca Artikel Menarik:
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.