Adakah Siti Nurhaliza mahu Mahathir menjadi PM lagi?

Cukup-cukuplah Mahathir

Adakah Siti Nurhaliza mahu Mahathir menjadi PM lagi?

Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad sukar untuk kembali menjadi perdana menteri selagi belum melangkah mayat Umno, kata kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

“Kenapa nak jadi PM lagi? Mahu tebus dosa? Walaupun Najib (Razak) berjaya dipenjarakan, Tun M sukar jadi PM semula selagi belum langkah mayat Umno.

“Nak tanya (wartawan veteran) Kadir Jasin, apakah ini masalah psikiatrik atau penasihatnya yang ada psikiatrik? Semoga Tun M tidak diberi salah ubat kerana Covid-19,” tulis Mohd Puad dalam hantaran di Facebooknya.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu yang mengakui masih ramai pihak yang mahu dia mengemudi negara sekali lagi.

Terdahulu Mahathir dalam sidang media sempena Konvensyen Pejuanita Malaysia hari ini berkata, dia belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin kembali menjadi perdana menteri.

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa. Saya tak tolak saya tak terima,” kata Mahathir.

Mengulas lanjut, Mohd Puad mempersoalkan siapakah “mereka yang mahukan Mahathir kembali menerajui negara.

“Siapa mereka yang ramai itu? Mukhriz (Mahathir), Kadir Jasin atau Siti Nurhaliza?” soalnya. Mk

Adakah Siti Nurhaliza mahu Mahathir menjadi PM lagi?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker