Bekas ejen hartanah didakwa tipu pelaburan perumahan babitkan RM620,000

Seorang bekas ejen hartanah didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pelaburan perumahan membabitkan RM620,000, pada 20 tahun lepas

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ejen hartanah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pelaburan perumahan membabitkan RM620,000, pada 20 tahun lepas.

Soo Seng Chee, 63, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Soo didakwa memperdaya Tan Han Kwan, 51, supaya membuat pelaburan bersamanya dengan membeli dua lot tanah banglo di tapak projek Residence At Mont milik Syarikat Sunrise Sdn Bhd.

Soo dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM620,000 secara berperingkat kepadanya melalui cek dan tunai yakni mangsa tidak akan menyerahkan wang berkenaan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Tertuduh, yang ditangkap 2 Sept lepas, didakwa melakukan kesalahan itu di Plaza Mont Kiara, Mont Kiara di sini, antara November 2002 hingga Mac 2003, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Saranjeet Kaur Sindhu yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai sakit jantung, selain memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menetapkan 17 Okt ini untuk sebutan semula kes.
— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker