Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang

Jakim keluarkan kenyataan

Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang

SEMALAM, kecoh dalam kalangan pengguna media sosial apabila dikhabarkan ada satu jenama gula-gula yang mengandungi unsur babi tetapi mempunyai tanda halal pada pembungkus.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh sebuah akaun di sebuah Twitter itu, kelihatan ‘gelatin babi’ tercetak dalam senarai bahan-bahan selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula.

Hal ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan netizen tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran.
Lebih membimbangkan, gula-gula berkenaan juga dijual dengan terbuka di sebuah platform beli-belah online.

Menerusi ruangan balas, kelihatan netizen berbincang mengenai perkara berkenaan dan mencadangkan supaya laporan kepada pihak berwajib dibuat.

“Kena check logo tu. Logo halal itu bukan logo yang diiktiraf oleh JAKIM. Nampak sangat mereka letak sahaja logo di situ. Buat laporan,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan Gempak di laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM, satu kenyataan tentang gula-gula tersebut telah dikeluarkan.

Menerusi kenyataan berkenaan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jakim. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. Gempak

Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker