Pembinaan Surau Al-Jannah terbantut, rayuan infaq diteruskan

Jom infaq

Pembinaan Surau Al-Jannah terbantut, rayuan infaq diteruskan

SHAH ALAM : Hasrat membangunkan Surau Al-Jannah yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam masih terbantut berikutan kekangan kos yang belum mencukupi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan surau berkenaan, Arif Abdullah, tabung infaq yang telah dilancarkan sekitar pertengahan 2018 masih dibuka kepada semua pihak dalam usaha mengumpul sasaran dana pembinaan.



“Kempen tabung infaq yang dijalankan hingga kini hanya berjaya mengumpul dana sekitar RM1.6 juta. Sedangkan jumlah lengkap kos pembinaan semula surau itu diperlukan dalam RM4 juta.

“Walaupun ada RM1.6 juta, kami masih berdepan dengan banyak masalah. Termasuklah tidak dapat memulakan pembinaan bangunan surau baharu yang tertangguh.Jadi pihak kami memerlukan baki RM2.4 juta lagi untuk mendapatkan jumlah kos keseluruhan.

“Kami pun hanya boleh melakukan penyerahan Kebenaran Merancang (KM) membangunkan surau baharu kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jika jumlah kutipan dana menjangkau 50 peratus iaitu sebanyak RM2 juta.

“Kemudian hanya selepas kelulusan diberikan MBSA dengan melepasi kutipan RM2.8 juta, baru boleh mula kerja fizikal. Tapi itulah kekangan kami untuk terus cari dana,” katanya.



Selain itu, Arif tidak menolak bahawa seluruh ahli jawatan kuasa (AJK) surau berasa bimbang tidak dapat meneruskan hasrat pembinaan surau tersebut ketika pandemik melanda dunia dua tahun lalu.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ketika itu tabung infaq baru seminggu dijalankan.

“Masa itu kita sempat menghasilkan video bersama masyarakat setempat dan AJK surau. Dalam masa sama jemaah di surau itu sendiri bekerja dan menjalankan bisnes sendiri,” katanya.

Kata Arif, pihaknya mahu memulakan misi meraih perhatian dan bantuan masyarakat melalui hebahan media saat ini.



“Kalau menerusi saluran media ini boleh tembus ke masyarakat, kami harap dapat kutip sekurang-kurangnya sebanyak RM400,000 dan boleh melakukan penyerahan yang diperlukan bagi melaksanakan misi awal pembangunan surau ini kepada MBSA.

“Sepatutnya kerja pembangunan ini bermula Jun tahun lalu. Tapi kini sudah lewat setahun.

“Sekarang sudah menyaksikan 2022 hampir berlabuh. Tapi kami mengharapkan keajaiban dan dengan izin-Nya kutipan yang diperlukan dapat dipermudahkan dengan menyalurkan kutipan https://infaqsuraualjannah.com,” katanya.

Surau Al-Jannah ini dibina pada 2004. Ia hanya beroperasi setahun selepas itu.



“Dalam tempoh 2005 ke 2018, kita ada buat penambahan kemudahan surau dengan serba kekangan. Pada 2018 juga kita memanggil MSR Architect untuk merekabentuk surau yang baru.

“Hasil perbincangan bersama AJK surau dan pasukan kerja arkitek juga pasukan perunding, mereka syorkan perlu dibina bangunan surau baharu dengan anggaran keluasan 14,000 kaki persegi.

“Keluasan tapak bangunan baru itu dijangka dapat menampung lebih 1000 jemaah dalam satu masa. Untuk semua itu, kita perlu bina bangunan surau baharu selepas merobohkan yang lama,” katanya.

Tambah Arif lagi, kawasan tapak asal surau itu bersaiz kecil sekitar 1 ekar sahaja.



“Jadi keputusan merobohkan bangunan surau lama dibuat pada mulanya untuk mewujudkan kawasan parkir kereta dan beberapa kemudahan lain.

“Usaha awal saya dan AJK surau bermula dengan memohon kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuklah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Reka bentuk baharu surau dicadangkan ia bangunan surau dengan dua tingkat,” katanya.

Rekaan tiga dimensi bangunan surau Al-Jannah di Shah Alam
Kata Arif, usaha menaik taraf surau itu turut memastikan banyak ruang baharu dan pelbagai kemudahan diwujudkan.

“Yang utama ialah ruang solat, bilik utiliti, bilik mesyuarat dan bilik pengurusan jenazah akan ditempatkan di bangunan yang baru. Kelas mengaji masih dibincangkan lagi kerana ruang terlalu terhad selain keluasan tapak yang agak kecil.



“Kita sendiri perlu ‘piling’ sedalam 21 meter ke dalam tanah dan mungkin itu menyebabkan kos pembinaan jadi tinggi. Seksyen 23 sendiri berasal dari kawasan loji,” katanya.

Dalam masa sama, serentak menaik taraf, surau berkenaan juga mahu dijadikan sebagai pusat komuniti setempat untuk penduduk berhampiran.

“Bagaimanapun JAIS belum benarkan pihak surau buat aktivti memasak kerana beberapa kekangan.Sebelum PKP, surau ini turut dijadikan tempat berkumpul dan makan. Malah setiap jumaat aktiviti merewang turut diadakan termasuk memasak untuk jemaah yang hadir,” katanya. Utusan

Pembinaan Surau Al-Jannah terbantut, rayuan infaq diteruskan
Pembinaan Surau Al-Jannah terbantut, rayuan infaq diteruskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker