Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN

Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN

Datuk Seri Najib Razak akan kekal menerima rawatan di hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) seperti yang termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan selama ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata berikutan itu beliau menafikan Najib akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan yang memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital kerajaan.

“Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib, untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib.

“Jika ujian kesihatan yang dilaksanakan ke atas Najib sudah selesai, laporan itu akan diserahkan kepadanya (Najib) dan juga mahkamah, jadi tiada lagi pertikaian selepas ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination, di kementeriannya hari ini.

IJN adalah sebuah entiti swasta atau badan dikopratkan dibawah Kementerian Kewangan. Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar dibawah Akta 586.

Sebelum ini, Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib yang dimasukkan ke HKL sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah itu berkemungkinan akan dirujuk ke IJN. BH

Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker