Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II dari Edinburgh ke London

POTRET Ratu Elizabeth II diletakkan atas jambangan bunga yang memenuhi luar Istana Buckingham di London. – AFP

LONDON: Pegawai diraja Britain mengumumkan upacara pengebumian peringkat negara untuk mendiang Ratu Elizabeth II akan berlangsung pada 19 September ini, selepas Raja Charles III diisytiharkan secara rasmi sebagai pemerintah baharu, kelmarin.

Keranda mendiang ratu yang diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland bersama kalungan bunga, kini ditempatkan dalam dewan di Istana Balmoral.

Ia dibawa ke Edinburgh semalam menerusi jalan darat dengan melalui kawasan perkampungan tanah tinggi selama enam jam bagi membolehkan orang ramai di kawasan sekitar memberi penghormatan terakhir.

Keranda itu kemudiannya akan diterbangkan ke London esok dan ditempatkan di Istana Buckingham sebelum dibawa ke Westminster Abbey sehingga upacara pengebumian berlangsung.

Upacara tersebut dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi waktu tempatan.

Dalam majlis pengisytiharan semalam, Raja Charles III menjadi monarki ke-41 dalam susur galur diraja tersebut.

Kedudukan itu menyaksikan baginda bukan sahaja menjadi raja dan ketua kepada United Kingdom, tetapi juga 14 kerajaan lain termasuk Australia, Kanada, Jamaica, New Zealand dan Papua New Guinea. – REUTERS

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker