Noor Hisham sahkan kesihatan Najib beransur pulih setelah menerima rawatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan bahawa bekas perdana menteri, Najib Razak dalam keadaan beransur pulih dan telah dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah datang mendapatkan rawatan petang tadi.

Menurutnya menerusi satu kenyataan media, pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

“Najib telah dimasukkan ke HKL pada hari ini sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, HKL juga telah mengadakan sidang keluarga sebanyak dua kali yang telah dihadiri oleh bekas perdana menteri itu dan ahli keluarganya dan mereka telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar dia dibenarkan keluar.

“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah,” katanya.

Pagi tadi, semasa prosiding kes Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1MDB, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara Kajang mengenai keadaan Najib yang ‘agak teruk’.

Katanya, perbicaraan hari ini terpaksa disingkatkan kerana dia diberitahu bekas perdana menteri itu memerlukan rawatan perubatan setelah ubat darah tingginya memberinya kesan buruk.

Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudian bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan pada pukul 12.30 tengah hari bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker