Kontroversi Bukit Cherakah: Kuasa di tangan kamu, kenapa salahkan orang lain, Khir Toyo beritahu MB Selangor

Kontroversi Bukit Cherakah: Kuasa di tangan kamu, kenapa salahkan orang lain, Khir Toyo beritahu MB Selangor

Bekas menteri besar Selangor, Khir Toyo kecewa dengan tindakan pentadbiran Amirudin Shari yang dilihat cuba lepas tangan daripada tanggungjawab di sebalik kontroversi pembangunan Bukit Cherakah, meskipun mempunyai kuasa untuk menghentikannya.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) yang sudah hampir 15 tahun menerajui kerajaan Selangor mempunyai kuasa penuh untuk menghentikan sebarang projek pembangunan, termasuk di Bukit Cherakah.



“Isu pokoknya kerajaan hari ini berkuasa, jadi mereka tak sepatutnya teruskan pembangunan atau (nyahwarta) kawasan itu kalau tidak baik. Patut batalkan sahaja,” kata Khir.

Isnin lalu, Amirudin dilapor berkata kerajaan Selangor akan berdepan tindakan saman oleh syarikat yang mempunyai kepentingan di tanah berkenaan sekiranya tidak meneruskan siar warta untuk penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah pada 5 Mei lalu.

Ini kerana, menurutnya, syarikat terbabit akan kehilangan peluang perniagaan yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.

Amirudin juga berkata, siar warta untuk penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah pada 5 Mei lalu itu bagi melengkapkan proses penyahwartaan yang terhenti sekitar 2006.



Semalam, Amirudin menafikan pihaknya menyahwarta kawasan Bukit Cherakah, dan mendakwa tindakan itu dibuat oleh pentadbiran terdahulu.

Khir yang menjadi menteri besar Selangor selama lapan tahun mulai 2000 berkata, beliau tidak ingat perincian isu penyahwartaan Bukit Cherakah.

“Saya tak ingat sebab tahun 2000 saya baru jadi menteri besar,” kata Khir. Bagaimanapun beliau berkata perkara pokok ialah kenapa kerajaan sekarang mahu meneruskan penyahwartaan dan pembangunan di kawasan Bukit Cherakah.

“Kamu (PH) yang teruskan. Dulu dalam janji kempen pilihan raya (kamu kata) nak kurangkan pembangunan tapi buat juga. Teruskan juga pembangunan itu kenapa?



“Jangan salahkan kerajaan lama. Mereka (PH) jadi kerajaan di Selangor sudah hampir 15 tahun. Tak perlu nak kaitkan dengan pentadbiran lepas,” katanya.

Semalam, Amirudin berkata kontroversi berhubung Hutan Simpan Bukit Cherakah akan dijelaskan pada Selasa atau Rabu ini, termasuk kepada siapa kawasan diberikan dan cara pemberiannya.

Menurutnya, gambar tertentu yang dikeluarkan bukan termasuk dalam kawasan yang dikatakan dinyahwarta. “Itu kawasan lama yang telah diserahkan kepada Umno dan Barisan Nasional dahulu,” katanya.

Khir bagaimanapun tidak kisah akan langkah pentadbiran Amirudin itu.



“Terpulang kepada mereka nak dedah atau apa,” katanya. FMT

Kontroversi Bukit Cherakah: Kuasa di tangan kamu, kenapa salahkan orang lain, Khir Toyo beritahu MB Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Erra Fazira nak kahwin

Noor Nabila kecil hati dengan suami



Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker