Kejutan buka kedai, penyamun larikan barang kemas, duit RM660,000

Kejutan buka kedai, penyamun larikan barang kemas, duit RM660,000

IPOH: Tiga pekerja kedai emas berdepan detik cemas ketika baru memulakan operasi perniagaan apabila disamun dua lelaki yang melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM660,000 dalam rompakan di Selasar Rokam, Taman Ipoh Jaya, hari ini.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai rompakan itu kira-kira 10.15 pagi dan polis bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga pekerja semasa mereka hendak membuka kedai lalu melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai.

“Namun ketiga-tiga mangsa tidak mengalami kecederaan semasa kejadian. Kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya giat memburu dua suspek berkenaan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Fadli Ahmad di 019 2500019 untuk membantu siasatan.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi yang terletak dalam kawasan lot perniagaan. FMT

Kejutan buka kedai, penyamun larikan barang kemas, duit RM660,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker