Ismail hadiri tayangan khas Air Force The Movie

Ismail hadiri tayangan khas Air Force The Movie

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menghadiri tayangan khas Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang dianjurkan Media Prima Berhad (MPB) di TGV Cinemas Bandar Utama di sini, malam ini.

Ketibaan beliau pada 8.15 malam disambut Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan MPB Rafiq Razali.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Datuk Michael Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA) Nazri Noran.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia Mohd Efendi Omar, Timbalan Editor Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB Azhari Muhidin serta Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mengangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Filem itu mengisahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi menyelamatkan mereka.

Filem lakonan Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari dan Luqman Hafidz. HM

Ismail hadiri tayangan khas Air Force The Movie


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker