Samun bersenjata: 2 lelaki larikan barang kemas, wang tunai lebih setengah juta ringgit
Samun bersenjata: 2 lelaki larikan barang kemas, wang tunai lebih setengah juta ringgit
IPOH: Dua lelaki disyaki bersenjatakan objek menyerupai pistol menyamun sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, penjenayah terbabit berjaya melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai dengan kerugian dianggarkan mencecah lebih setengah juta ringgit.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian samun itu itu pada jam 10.15 pagi.
Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek berkenaan telah mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga orang mangsa pekerja kedai emas itu, ketika mereka mahu membuka kedai.
“Pasukan siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dibantu oleh pasukan siasatan forensik dan bahagian D9 (siasatan khas), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah menyiasat di tempat kejadian.
“Kedua-dua suspek telah melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai anggaran nilai RM660,000.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkawan bersenjata),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis sedang giat memburu dua orang suspek yang masih bebas.
Justeru katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan pihak polis.
“Pada kesempatan ini, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri dan harta benda agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Selain itu, pengusaha perniagaan berisiko tinggi seperti kedai emas dan institusi kewangan juga disarankan agar mempertingkatkan langkah keselamatan dan pencegahan jenayah di premis masing-masing.
“Di samping bekerjasama dengan pihak polis dalam inisiatif pencegahan jenayah,” katanya. AA
Samun bersenjata: 2 lelaki larikan barang kemas, wang tunai lebih setengah juta ringgit
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD
You must be logged in to post a comment.