PRU15: MCA Mahu Tanding Semua Kerusi Gerakan di Pulau Pinang

PRU15: MCA Mahu Tanding Semua Kerusi Gerakan di Pulau Pinang

MCA akan bertanding di semua kerusi yang sebelum ini ditandingi parti Gerakan di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, secara tradisinya MCA hanya bertanding satu kerusi namun selepas Gerakan tidak lagi bersama dengan Barisan Nasional (BN) maka beliau berkata, wajarlah kerusi itu ditandingi MCA.

Jelasnya, perbincangan dengan UMNO dan MCA negeri sedang dilakukan ketika ini, namun soal siapa calon yang akan bertanding kelak hanya akan dimuktamadkan bersama selepas ini.

“Itu sebab dulu Gerakan tidak ada kerusi, kali ini kalau kerusi-kerusi Gerakan pun kita memanglah secara logiknya kita akan mengambil alih kalau tidak secara keseluruhannya pun sebahagian besar lah kerana kawasan itu lebih tertumpu kepada kepadatan penduduk Cina.



“Itu bagi saya kita akan muktamadkan nanti jadi sekarang tidak ada isu. Kita tidak lari tanggungjawab kita, kita buat kerja kita,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong berkata, parti itu tidak mahu berlagak namun bersikap realistik kerana sedar mereka bertanding di kubu kuat Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP.

Namun jika rakyat memberi semula mandat kepada BN, beliau yakin BN akan mentadbir dengan baik kerana BN mempunyai rekod yang baik dalam mentadbir negeri dan Pusat sebelum ini.

Pada PRU14 lepas, Gerakan bertanding empat kerusi Parlimen dan semua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun tewas semua kepada Pakatan Harapan (PH).



Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Bilik Gerakan MCA Parlimen Bayan Baru dan DUN Pantai Jerejak Di Bayan Baru pada Sabtu.

Pada majlis itu, MCA memperkenalkan penyelaras Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung dan DUN Pantai Jerejak, Yeoh Chin Kah. AA

PRU15: MCA Mahu Tanding Semua Kerusi Gerakan di Pulau Pinang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker