Pelakon Daphne Iking Usap Babi, Beri Susu…PU Syed Perjelas Hukum Pegang Tanpa Tujuan [VIDEO]

Pelakon Daphne Iking Usap Babi, Beri Susu…PU Syed Perjelas Hukum Pegang Tanpa Tujuan [VIDEO]

PERKONGSIAN video memperlihatkan pelakon dan pengacara Daphne Iking memberi minum susu daripada botol kepada beberapa ekor babi sambil mengusapnya mengundang perbalahan dalam kalangan netizen.

Ramai meminta Daphne untuk melakukan sertu kerana babi tergolong dalam najis berat menurut pegangan agama Islam dan seseorang tidak sepatutnya memegang haiwan itu tanpa sebarang sebab yang mendesak.

Suami Daphne iaitu Joe Lebosi yang memuat naik video itu di Instagram memberitahu isterinya seorang pencinta haiwan namun terkejut apabila dia menyukai haiwan seperti anjing dan babi.



“Daphne seorang pencinta haiwan atau mana-mana makhluk Tuhan. Pada mulanya saya terkejut melihat dia menyukai haiwan seperti anjing dan babi

“Dia memberi penghormatan sebagaimana semua hidupan harus dihormati. Bagi saya sebagai seorang Muslim di Malaysia,
kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka dan menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor,” katanya.

Joe juga memberitahu perkara itu adalah tindakan salah terutama dalam memberi contoh tidak baik kepada anak-anak.



“Itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita! Haiwan ini telah dicipta oleh Tuhan yang sama mencipta manusia

“Semua makhluk hidup berada di sini untuk satu tujuan. Bagi pandangan saya mudah, kalau tangan rasa kotor cucilah tangan… kalau dah pegang babi… samak jelah,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi video sama, Daphne turut menjelaskan dia mendapat banyak pertanyaan adakah dia merindui untuk menikmati hidangan berasaskan daging babi sejak memeluk agama Islam pada 2010.

Menjawab pertanyaan itu, Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking menjelaskan dia tidak pernah makan daging babi sebelum dia memeluk agama Islam lagi.



Kata Daphne dia tidak menyukai daging tersebut meskipun keluarganya di Sabah membela haiwan itu.

“Hampir setiap hari kami bagi haiwan ini makan dan minum. Kalau orang tanya saya, saya jawab tak makan. Saya tak suka daging babi,” katanya.

Haram hukum pegang babi tanpa tujuan dan keperluan

Sementara itu, pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed menjelaskan bagi individu yang sudah memegang babi atau haiwan yang haram disentuh, maka mereka perlulah melakukan proses sertu.



Jelasnya lagi, sekiranya ada individu menyentuh secara sengaja tanpa tujuan dan tanpa keperluan, maka hukumnya adalah haram.

“Secara umumnya kita mengetahui bahawa anjing dan khinzir termasuk dalam kategori najis Mughallazah dan jika menyentuhnya wajib dicuci mengikut kaedah yang ditetapkan oleh syarak.

“Perkara seumpaman ini hanya dibenarkan atas keperluan contohnya seperti doktor haiwan yang perlu merawat khinzir.



“Namun ia tetap perlu dikadarkan bermaksud doktor itu bukan sewenang-wenangnya boleh melakukan apa sahaja dengan haiwan tersebut, termasuklah seperti bergambar bersama,” katanya.

Justeru kata PU Syed, pandangan mengatakan babi hanya haram dimakan tetapi boleh disentuh dan diternak adalah kesesatan nyata.

“Walaupun Islam itu mudah tetapi jangan pernah kita mengambil ringan. Trend orang kita sekarang ambil gambar dengan khinzir atau anjing kemudian disebarkan pula di media sosial.

“Masyarakat yang faham tentang hukum agama mungkin tidak mengapa. Tetapi apa yang merisaukan apabila ada umat Islam yang menganggap tidak mengapa memegang haiwan-haiwan tersebut asalkan boleh disertu nanti,” jelasnya.mSTAR

Pelakon Daphne Iking Usap Babi, Beri Susu…PU Syed Perjelas Hukum Pegang Tanpa Tujuan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker