‘Mat salih’ rampas pekerjaan orang tempatan?

PETALING JAYA – Segelintir pihak melahirkan kegusaran dengan trend pelancong warga asing yang bertukar aktiviti melancong kepada misi ‘merampas’ kerja warga tempatan.

Perkongsian hantaran di Facebook Yusran Adhaninii menjelaskan modus operandi golongan ini jelas dapat dilihat di sekitar pulau-pulau sekitar Malaysia.

“Mat salih yang datang Malaysia sebenarnya bukan sekadar datang melancong tapi cari pekerjaan di Malaysia.

“Dia datang melancong ke pulau-pulau lepas itu menetap dekat pulau-pulau tersebut selama enam ke tujuh bulan.
Dah duduk dia belajar cara ajar orang jadi penyelam, ” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat kes penyelam tempatan ditukarkan kepada ‘mat salih’ ini walaupun mempunyai lesen dan tauliah yang sah.

“Orang tempatan itu ada lesen, belajar menyelam ambil kursus sampai lima tahun akhirnya mat salih yang baru belajar sikit-sikit dah boleh rembat kerja orang tempatan.

“Benda ini dah lama berlaku tapi orang tak nampak sebab dia kulit putih, ramah dan pandai bercakap. Padahal tak ada lesen, permit dan sesuka hati boleh buka perniagaan dekat sini.

“Kalau pelancong asing mat salih akan ambil pakej menyelam dengan mat salih juga. Jadi macam mana dengan perniagaan orang tempatan?” soalnya.

Hantaran tersebut mendapat sokongan netizen yang turut marah dan kecewa memandangkan hak penduduk dirampas begitu sahaja tanpa pembelaan.

“Benda ni lama dah aku perhati, asal mat salih je orang sanjung tinggi padahal bingai dia sama level je dengan orang-orang Asia Tenggara. Lagi teruk ade la akhlak kadang-kadang zero,” kata Daus Devonian.

“Nanti negara ni dimonopoli oleh kaum asing, rakyat tempatan yang berputih mata,” ujar Mohamad Hairun Jamaluddin.

“Elok buat aduan dan viral hal sebegini. Tak sewajarnya berlaku. Tambah orang Malaysia ni pantang tengok ‘ompteh’ macam nampak seketul emas. Entah apa yg istimewanya sangat mereka tu. Spesis bangsa penjajah,” gesa Zaha Spring.

Apa pun yang pasti, pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini dan tindakan segera perlu diambil bagi mengekang ia daripada terus membarah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker