Azmi Caliph Busker Serik Disidai Broker, Dah Bising Di IG tuntut Bayaran Show, Baru Nak Bayar!

Azmi Caliph Busker Serik Disidai Broker, Dah Bising Di IG tuntut Bayaran Show, Baru Nak Bayar!

PENYANYI Azmi Saat kecewa apabila orang tengah yang menguruskan persembahan kumpulan Caliph Busker bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2022) Ogos lalu melengahkan pembayaran.

Meskipun sudah menerima wang tersebut Rabu lalu, Azmi berkata, pembayaran dibuat selepas dia bertindak bersuara mengenai isu berkenaan di media sosial.



Azmi memberitahu dia hilang sabar dengan tindakan individu berkenaan kerana ia bukan kali pertama perkara seumpama berlaku kepada Caliph Busker.

“Individu berkenaan sering memberikan tawaran persembahan kepada kumpulan busker seperti kami. Sudah banyak kali dia buat perkara sama dengan pelbagai alasan.

“Sebenarnya kami sudah serik mahu bekerjasama dengannya tetapi untuk program Maha 2022 baru-baru ini, pihak penganjur memang mahukan Caliph Busker dan dia yang menghubungi kami untuk buat persembahan,” katanya kepada mStar.



Terdahulu, Azmi berkongsi rasa tidak puas hati terhadap pihak berkenaan di Instagram miliknya sebagai peringatan kepada orang tengah terbabit selepas gagal dihubungi.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Azmi mendedahkan pihak penganjur sudah membuat pemindahan wang kepada individu berkenaan namun bahagian Caliph Busker tidak diagihkan.

“Sudah sebulan program tersebut berlalu dan kami masih belum terima sebarang bayaran. Saya juga menghubungi penganjur dan mereka maklumkan duit sudah dimasukkan seminggu lalu.

“Jadi saya sengaja kongsikan di media sosial supaya pihak berkenaan sedar, syukur Alhamdulillah semua sudah selesai,” jelasnya.



Sementara itu, Azmi memberitahu insiden menimpa mereka itu dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati terima tawaran kerja daripada orang tengah yang tidak amanah dan bertanggungjawab.

Bagi Azmi, walaupun bayaran yang diterima tidaklah terlalu tinggi namun mana-mana pihak sekalipun seharusnya lebih bertanggungjawab apabila melibatkan soal wang dan hak orang lain.

“Pengajarannya jangan terlalu mudah percaya dengan mana-mana pihak. Kalau sekali mungkin boleh diabaikan tetapi jika berulang rasanya pihak terbabit ada masalah.

“Bukanlah wang ringgit jadi ukuran tetapi sikap tanggungjawab dan amanah perlu diutamakan. Jangan menyusahkan orang lain,” ujarnya.mSTAR



Azmi Caliph Busker Serik Disidai Broker, Dah Bising Di IG tuntut Bayaran Show, Baru Nak Bayar!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker